suria

Lemak degil melekat di periuk senang tanggal dengan hanya 2 bahan, dah tak perlu bersusah sental

Lemak yang melekat di periuk sangat susah untuk dicuci. -Gambar hiasan

BAGI sesiapa yang pernah memasak sup daging lembu atau kambing, pastinya anda memahami kesulitan yang perlu dilalui untuk mencuci periuk yang digunakan.

Lemak yang melekat pada permukaan periuk adalah sangat degil untuk ditanggalkan, sekiranya direndam dan disental berkali-kali juga belum tentu boleh hilang kesemuanya.

Kini anda boleh menarik nafas lega, melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Khairul Azhar Aamiin, ada dikongsikan cara mudah untuk anda menanggalkan lemak-lemak pada permukaan periuk.

Bahan-bahan:

1) Tepung gandum

2) Sabun pencuci pinggan

Langkah-langkah:

1) Masukkan tepung gandum dan sabun pencuci pinggan ke dalam periuk yang sudah diisi air, kemudian mulakan proses mencuci seperti biasa.

2) Kini anda boleh lihat sisa lemak yang degil pada awalnya akan mula tertanggal sedikit demi sedikit.

3) Kemudian anda boleh bilas periuk seperti biasa dan ulang semula proses jika masih ada lemak yang bersisa.

4) Teknik sama juga boleh digunakan untuk mencuci pinggan, mangkuk dan sudu yang mempunyai lemak degil.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain