JANGAN ambil ringan sekiranya anak kerap mengadu mengalami rasa gatal atau sakit di dalam telinganya. Ada kemungkinan terdapat serangga kecil merayap masuk ke dalam telinga si anak dan seterusnya terperangkap di dalam. Lagi-lagi pula Malaysia merupakan negara beriklim tropika dan dipenuhi haiwan melata tersebut hampir sepanjang tahun. Melalui satu hantaran di laman Facebook, seorang doktor perubatan dikenali sebagai Dr Ahmad Luqman Bukhari berkongsi tindakan segera yang perlu diambil ibu bapa sekiranya berlaku situasi sedemikian. Malah ada beberapa tindakan yang ibu bapa perlu hindari kerana boleh memburukkan keadaan. Ayuh kita lihat! ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke daun sireh, asam jawa mampu rawat masalah kulat si bulus? 1) Pastikan diri berada dalam keadaan tenang terlebuh dahulu, kemudian baru tenangkan anak. Kalau semua kelam-kabut, sukar nak bagi bantuan kepada orang yang memerlukan. 2) Antara pantang larangnya adalah jangan sesekali jolok masuk putik kapas (cotton bud) atau sebarang besi pengorek ke dalam telinga anak untuk membawa keluar bendasing tersebut, ada kemungkinan ia ditolak lebih jauh ke dalam. 3) Segera titiskan minyak zaitun atau baby oil ke dalam salur telinga untuk melemaskan serangga terbabit. Jika biar lebih lama serangga itu hidup, risau komplikasi lain akan berlaku. 4) Kalau serangga itu boleh dilihat dari luar, cuba keluarkan terus menggunakan jari atau ambil pengepit kecil untuk tarik ia keluar. 5) Jika serangga itu gagal dikeluarkan, segera bawa anak ke klinik. Telinga anak perlu dicuci secepat mungkin untuk mengelakkan jangkitan. Semoga panduan ini dapat membantu anda apabila tiba masanya ia diperlukan. - Ahmad Luqman Bukhari Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube