suria

Baiki sendiri pintu rosak, sukar ditutup! Mudah sangat caranya, jangan cepat pasrah upah tukang datang baiki

Pintu yang tidak dapat ditutup rapat boleh dibaiki sendiri dengan mudah. -Gambar hiasan

TAK kira di mana sahaja, daun pintu akan mula mengalami kerosakan jika sudah tiba masanya.

Antara bentuk kerosakan pada pintu yang sering berlaku adalah kesukaran untuk ditutup dengan rapat.

Ada kalanya anda terpaksa menggunakan lebih kudrat bagi menyentak pintu berkenaan supaya dapat ditutup dengan sempurna.

Melalui satu perkongsian di laman YouTube oleh Syaiful Arifin, pintu berdepan masalah sebegitu kerana engsel yang sudah longgar, menyebabkan ia terjatuh sedikit dan tidak lagi sama aras dengan rangkanya.

Sebenarnya mudah sahaja untuk membaikinya, anda boleh buat sendiri dan tidak perlu mengeluarkan upah untuk mendapatkan khidmat kontraktor, apatah lagi menukar pintu baharu.

Proses membaiki engsel pintu.

Ayuh kita lihat cara-caranya!

1) Gunakan penukul, keluarkan besi dari dalam engsel.

2) Gunakan spanar dan laraskan semula engsel supaya lurus kesemuanya.

3) Masukkan kembali besi ke dalam engsel. Siap!

Di ruangan komen, warga maya juga mengakui keberkesanan tip yang dikongsikan itu.

"Wah berhasil, sangat membantu, caranya juga cukup mudah nak buat.

"Tak sangka ada cara nak betulkan, rumah saya pun pintu bermasalah macam ni, saya dah pasrah je," demikian kata pelayar. - Syaiful Arifin

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain