suria

Pakaian berbulu, banyak benang berpintal sebab kerap dicuci masih boleh diselamatkan... Paling penting kos tak tinggi

Pakaian lama yang sudah berbulu masih boleh 'diselamatkan'.

PAKAIAN yang dibasuh berulang kali akan mula lusuh warnanya serta menjadi berbulu disebabkan timbul banyak benang yang berpintal.

Walaupun tidak menjadi masalah untuk terus dipakai, untuk sesetengah orang yang cerewet, keadaan itu boleh 'menyakitkan' mata, malah ada yang sanggup mencabutnya satu persatu menggunakan tangan

Melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang individu dikenali sebagai Elzio berkongsikan teknik yang dikatakan efisien untuk menghapuskan benang berpintal pada pakaian.

Menurut Elzio, dengan hanya menggunakan pisau cukur, kini anda tidak lagi perlu membuang masa mencabut satu persatu benang tersebut secara manual.

Caranya cukup mudah, tarik pisau cukur pada permukaan pakaian sebanyak beberapa kali sehingga benang yang berpintal berjaya ditanggalkan, hasilnya kain akan kembali licin seperti baharu.

Gerakkan pisau cukur untuk menarik keluar benang pakaian yang berpintal.

"Kaedah ini boleh menjadi alternatif kepada lint remover, alat khusus untuk tujuan sama yang boleh dibeli dari kedai, jimat sikit duit.

"Saya suka cara ini untuk selamatkan baju yang kita sayang nak buang, boleh terus dipakai," jelas Elzio.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberikan peringatan bahawa teknik sebegini mungkin kurang sesuai untuk sesetengah jenis kain atau pakaian.

"Kalau seluar legging, saya tak sarankan guna cara ini sebab kain mudah terkoyak, saya sudah cuba. Manakala untuk jenis baju lain saya boleh cakap berkesan," demikian kata pelayar.

Selamat mencuba dan semoga bermnafaat! - Elzio

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain