PROSES membersihkan rumah kebiasaannya terbahagi kepada dua bahagian iaitu menyapu dan mop lantai. Bagai sudah menjadi rutin, ramai yang menyapu atau menggunakan pembersih hampagas terlebih dahulu bagi membuang partikel debu dan kotoran di lantai. Kemudian diikuti dengan proses mop bagi menjadikan lantai lebih selesa untuk dipijak, bebas rasa melekit akibat tumpahan minyak dan sebagainya. Kerja rumah boleh jadi renyah jika tidak kena caranya. -Gambar hiasan Namun, melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang suri rumah dikenali sebagai Wawa Fatimah memperkenalkan turutan baharu untuk membersihkan kediaman. Menurut Wawa, dia memilih untuk memulakan kerja dengan mengemop lantai dan diakhiri dengan menyapu kerana dikatakan lebih efisien. "Kedua-dua kaedah pun okay je sebenarnya, tapi cara saya ini ada kelebihan tersendiri, saya amalkan dari zaman saya anak dara lagi. Kakak yang turunkan ilmu ni," ujarnya. Ayuh kita lihat! Kebersihan itu sebahagian daripada iman. -Gambar hiasan Menjelaskan dengan lebih lanjut, Wawa berkata caranya itu boleh menjimatkan tenaga dan mengelakkan daripada berlaku reaksi alahan seperti bersin atau kegatalan. "Kalau kita sapu atau vacuum dulu, habuk akan berterbangan ke udara kerana lantai masih kering. Maka semakin bertambah kerja ni, rimas weh! Lagi satu, jika tersedut masuk hidung habuk tu, mesti kita bersin tanpa henti. "Jadi ini rasionalnya saya mop dulu, bagi habuk tu semua bergumpal sebab dah basah kena air, nanti senang kita nak sapu atau vacuum. "Cara ni sangat sesuai untuk orang yang pemalas, mudahkan kerja tapi hasilnya tetap kemas. Awalnya saya pun skeptikal dengan petua ni sebab dah dikira melanggar 'hukum' penjagaan rumah. "Kawan-kawan pun ada yang marah. Akhirnya saya cuba sendiri baru saya faham," jelas Wawa Fatimah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube