suria

Mula-mula lidah gatal, kemudian bengkak! Wanita koma 47 hari selepas makan nugget ayam

Alahan makanan boleh menjadi teruk jika tidak dirawat secepatnya. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berdepan detik menakutkan apabila dia mengalami koma selepas menikmati hidangan nugget ayam.

Pada mulanya Amanda Clark dari Richmond, Virginia, Amerika Syarikat berdepan reaksi alahan seperti gatal-gatal dan lidahnya membengkak.

Dia kemudian menggunakan EpiPen, iaitu ubat adrenalin yang digunakan untuk merawat serangan anafilaksis (reaksi alergi serius).

Namun, selepas menggunakan EpiPen, gejala yang dialami Amanda tidak juga reda.

Amanda kemudiannya dikejarkan ke hospital sebelum dia tidak sedarkan diri dan koma selama 47 hari, lapor Daily Star.

Punca alahan

Menurut Hello Doktor pula, alahan boleh berlaku kerana tubuh menganggap sesuatu makanan itu sebagai ancaman yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri.

Apabila menikmati sesuatu makanan yang menyebabkan alahan, sistem imun bertindak balas untuk melindungi anda.

Ia mungkin mengakibatkan ruam kulit ringan atau mata menjadi gatal, malah anda berkemungkinan berdepan risiko lebih besar seperti gangguan pernafasan.

Terdapat pelbagai makanan yang boleh menyebabkan munculnya masalah alahan ini.

La Fete Festive Feast Buffet Dinner at Le Meridien Kuala Lumpur. —LOW LAY PHON/The Star

Ada juga individu yang alah terhadap makanan laut. -Gambar hiasan

Tetapi 8 makanan berikut antara yang biasa mencetuskan alahan:

1. Susu (biasanya pada kanak-kanak)

2. Telur

3. Kacang tanah

4. Kekacang dari pokok seperti walnut, badam, pecan

5. Ikan (kebanyakan pada individu dewasa)

6. Soya

7. Gandum

8. Kerangan (biasa berlaku kepada individu dewasa)

Antara simptom yang mungkin dialami adalah seperti:

1. Ruam pada kulit, kulit menjadi merah, kering atau gatal

2. Hidung tersumbat, bersin

3. Mata menjadi gatal, berair atau merah

4. Rasa gatal pada mulut atau tekak

5. Bahagian dalam telinga terasa gatal

6. Rasa tidak selesa pada bahagian dalam mulut

7. Perut tidak selesa, kekejangan, cirit birit dan muntah

8. Kesukaran untuk bernafas atau menelan

9. Bengkak pada bibir, lidah atau tekak

10. Rasa lemah, keliru, kepala terasa ringan atau pengsan

11. Dada terasa sakit atau lemah, degupan jantung tidak selari

12. Kulit tampak pucat atau kebiruan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Nas Ahmad meninggal dunia