SIMPTOM-simptom kecil seperti keletihan, perubahan pada kulit atau berat badan mungkin dianggap remeh oleh segelintir individu. Namun, simptom ini sebenarnya boleh menjadi petunjuk awal kepada penyakit yang lebih serius seperti kanser. Berikut merupakan senarai simptom yang diterbitkan oleh laman sesawang kesihatan University of California San Francisco (UCSF). 1. Haid yang tidak normal atau sakit pelvik Kebanyakan wanita kadangkala mengalami haid yang tidak teratur atau kekejangan. Namun, kesakitan berterusan atau perubahan dalam kitaran haid anda boleh menjadi tanda kanser serviks, kanser endometrium, atau kanser ovari. 2. Perubahan dalam tabiat tandas Perubahan besar dalam fungsi badan boleh menunjukkan kanser kolon, kanser prostat atau kanser pundi kencing. anda-tanda penting yang perlu diberi perhatian termasuk sembelit atau cirit-birit yang berterusan; darah hitam atau merah dalam najis; najis hitam yang berwarna tar; kencing yang lebih kerap; dan darah dalam air kencing. Perubahan pada kulit juga boleh menjadi petanda kanser. -Gambar hiasan 3. Kembung perut Mengalami keadaan kembung perut dari semasa ke semasa mungkin dianggap biasa. Namun, kembung perut yang berlarutan lebih daripada dua minggu boleh menjadi tanda kanser ovari serta pelbagai kanser gastrointestinal. 4. Kesukaran menelan Jika anda rasa makanan tersekat di tekak atau sukar menelan lebih daripada dua minggu, ini boleh menjadi tanda kanser tekak, kanser paru-paru, atau kanser perut. 5. Lebam berlebihan Lebam pada badan akibat terlanggar sesuatu adalah perkara biasa. Namun, jika tiba-tiba anda mendapat banyak lebam di tempat bukan kebiasaan dan tidak terlanggar apa-apa, berkemungkinan ia adalah kanser darah. 6. Berat badan turun mendadak Kebanyakan orang mengalami peningkatan dan penurunan berat badan. Namun, kehilangan berat badan tanpa berusaha atau hilang selera makan tanpa sebab yang jelas boleh menunjukkan pelbagai jenis kanser, terutamanya yang sudah merebak. Penurunan berat badan mendadak tidak seharusnya diambil ringan. -Gambar hiasan 7. Keletihan berterusan Perubahan mendadak dan berlarutan dalam tahap tenaga anda, tidak kira berapa banyak tidur yang anda dapat, boleh menjadi tanda limfoma atau leukemia. 8. Perubahan oral Luka atau kawasan yang sakit di dalam mulut yang berterusan, ia berkemungkinan boleh menjadi petanda kanser mulut terutamanya pada mereka yang merokok atau minum alkohol secara berlebihan. 9. Perubahan kulit Sebarang perubahan pada penampilan tahi lalat atau tanda lahir boleh menjadi petanda kanser kulit dan perlu dinilai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube