suria

Kawan baik maut ketika main gim lepas balik kerja... Rupanya 2 jam ‘workout’ tanpa henti

Pastikan tubuh mendapat rehat mencukupi sebelum bersenam. -Gambar hiasan

PENGGUNA laman X kecoh apabila tularnya kisah seorang individu yang meninggal dunia ketika sedang bersenam di gim.

Mengikut hantaran yang dimuat naik, mangsa bersenam di gim selepas seharian bekerja.

Mangsa dikatakan melakukan senaman selama dua jam walaupun dia kepenatan selepas bekerja.

"Guys guys, tolonglah, kalau anda dah seharian penat kerja, jangan paksa diri bersenam waktu malam.

"Aku baru dapat khabar, kawan aku meninggal semalam sebab serangan jantung masa dia tengah main gim.

"Dia dah kerja dari pagi sampai Maghrib, lepas tu sambung gim lebih kurang dua jam tanpa henti," tulis pengguna X.

Saranan pakar jantung

Menurut pakar jantung, Dr. Vito A Damay, risiko serangan jantung dalam situasi sebegini memang boleh berlaku, terutamanya bagi individu yang mempunyai sejarah penyakit jantung.

Hal ini kerana mereka sering tidak menyedari tanda-tanda awal penyakit tersebut.

A man is seen jogging at Tasik Titiwangsa with the Kuala Lumpur views as background during the Covid-19 positive cases reported high recently.—AZMAN GHANI/The Star

Kita perlu menyesuaikan intensiti senaman dengan keadaan tubuh. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, Dr. Vito menekankan tiada larangan untuk bersenam selepas bekerja, asalkan intensiti senaman disesuaikan dengan keadaan tubuh.

"Elakkan senaman berintensiti tinggi apabila tubuh terlalu penat bagi mengurangkan risiko kecederaan atau masalah kardiovaskular.

"Pastikan terdapat waktu pemulihan yang mencukupi antara aktiviti harian dan senaman," jelas Dr. Vito.

Dr. Vito turut menegaskan senaman sangat penting untuk kesihatan jantung.

Namun, rehat yang mencukupi dan penyesuaian intensiti aktiviti juga tidak kurang pentingnya.

Dia turut menekankan gejala penyakit jantung sering kali diabaikan dan tidak disedari.

Oleh itu, pemeriksaan kesihatan secara berkala amat disarankan untuk memastikan tiada risiko masalah kesihatan yang serius ketika bersenam.

"Jika mempunyai keadaan perubatan tertentu, atau jika tidak pernah tahu tentang sebarang masalah kesihatan, sebaiknya lakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum memulakan program senaman intensif," katanya lagi. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain