BAYI yang dilahirkan bermula tahun 2025 akan dikenali sebagai generasi Beta atau Gen Beta. Selepas generasi Alfa (2010 hingga 2024), generasi Beta pula terdiri daripada kumpulan kanak-kanak yang dilahirkan antara 2025 hingga 2039. Firma penyelidikan Australia, McCrindle, meramalkan generasi Beta akan merangkumi 16 peratus populasi dunia menjelang 2035, dan ramai daripada mereka berkemungkinan hidup sehingga abad ke-22. Abad ke-22 bermula pada 1 Januari 2101 dan berakhir pada 31 Disember 2200. Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh ahli demografi dan futuris, Mark McCrindle, menulis dalam sebuah artikel bahawa generasi Beta “mewakili bab penting dalam dunia yang terus berubah.” Bayi zaman moden akan membesar dengan teknologi baharu termasuk AI. -Gambar hiasan Generasi ini akan menghadapi pelbagai faktor global yang berubah dengan pantas, seperti perkembangan teknologi, cabaran sosial, kelestarian, dan perubahan iklim, menurut pakar. Memandangkan generasi Beta kebanyakannya adalah anak kepada generasi milenial muda dan Gen Z yang lebih tua, ibu bapa mereka dijangka mengutamakan “kebolehsuaian, kesaksamaan, dan kesedaran ekologi dalam keibubapaan, ramal McCrindle. “Ini akan menghasilkan generasi beta yang lebih berpandangan global, berorientasikan komuniti, dan kolaboratif berbanding sebelumnya. “Cara mereka dibesarkan akan menekankan kepentingan inovasi, bukan sahaja untuk kemudahan, tetapi juga untuk menyelesaikan cabaran utama pada zaman mereka,” menurut artikel itu. Kanak-kanak Berteknologi Tinggi Generasi Beta juga akan membesar dalam persekitaran teknologi termasuklah kecerdasan buatan (AI) yang semakin berkembang. "Ketika AI semakin berkembang dan akses kepada teknologi semakin meluas, dunia digital dan fizikal generasi beta akan “berpadu dengan lancar. “Generasi Beta akan hidup dalam era yang mana AI tertanam dalam kehidupan harian — dari pendidikan dan tempat kerja hingga penjagaan kesihatan dan hiburan,” tulis McCrindle. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube