suria

Bayi meraung hingga tertidur, ibu bapa dianggap kejam... Ada cara guna kaedah ‘sleep training’

Segelintir individu menganggap kaedah sleep training sebagai kejam dan menganiayai bayi. -Gambar hiasan

RAMAI ibu bapa berkongsi di media sosial tentang cara mereka melakukan latihan tidur atau sleep training ke atas anak-anak yang berusia lima tahun ke bawah.

Sleep training adalah proses mengajar anak untuk tidur dengan sendiri, tanpa bergantung kepada ibu bapa untuk menenangkan mereka.

Namun, terdapat segelintir individu meluahkan rasa kurang setuju kerana salah satu kaedah yang digunakan dalam latihan itu dianggap sebagai kejam dan menyeksa kanak-kanak.

Menurut seorang pengguna TikTok, tindakan ibu bapa yang membiarkan anak-anak khususnya yang masih bayi untuk bersendirian pada waktu malam adalah tidak wajar.

"Sorry to say, aku tak setuju pasal sleep training tu. Kasihan anak-anak yang masih kecil kena tinggal sendirian sampai tertidur sendiri.

"Tercari-cari sosok seorang ibu. Lagi sedih aku tengok akhirnya bayi tertidur juga, mungkin penat tertoleh-toleh tapi tiada siapa yang teman.

"Walhal masa kecil macamm ni la kena banyak luang masa dengan bayi. Kena peluk, cium, borak dengan anak. Rugilah detik macam ni takkan berulang dua kali.

"Pada aku, nak dekat dengan anak masa mereka kecil saja, bila dia bersekolah, bertambah umur, lagi kurang masa dia dengan kita," tulis wanita itu.

A women receive the baby at her house, story on adopting baby online. Pose by model. — FAIHAN GHANI/The Star

Kehadiran anak kecil boleh mengganggu jadual tidur ibu bapa. -Gambar hiasan

Hantaran tular berkenaan turut meraih pelbagai komen netizen termasuk ibu bapa yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.

"Awak tak setuju itu hak awak. Tapi mak ayah lain bersebab guna sleep training, apatah lagi untuk mak ayah yang kerja syif tak tentu masa.

"Sleep training ni untuk working mom yang terpaksa tinggalkan anak dekat pengasuh.

"Nak sleep training ada caranya. Bukan main tinggal saja," tulis netizen.

Berikut merupakan beberapa cara untuk melakukan sleep training:

1. Tetapkan rutin tidur yang konsisten: Wujudkan rutin tidur yang sama setiap malam, seperti memandikan anak, membaca buku, atau memasang alunan zikir atau muzik yang menenangkan. Ini membantu anak mengenali isyarat bahawa waktunya untuk tidur.

2. Cipta persekitaran tidur yang selesa: Pastikan bilik tidur anak gelap atau separa gelap, tetapkan suhu yang selesa dan tiada gangguan bunyi.

3. Latihan ‘Ferber’ atau kaedah ‘gradual sleep training’: Menerusi kaedah ini, anda perlu membiarkan anak menangis untuk tempoh tertentu sebelum memberi perhatian kepada mereka. Setiap malam, jarakkan masa anda pergi menenangkan mereka, dari lima minit hingga 15 minit. Matlamatnya adalah untuk anak belajar menenangkan diri mereka sendiri.

4. Elak pujuk anak: Elakkan daripada memeluk atau memberi susu kepada anak untuk tidur. Sebaliknya, biarkan mereka tidur dengan cara yang mereka boleh kendalikan sendiri.

5. Konsisten: Penting untuk ibu bapa sentiasa konsisten dengan kaedah sleep training yang dipilih. Ini mungkin memerlukan beberapa minggu sebelum anak dapat tidur sendiri tanpa gangguan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain