RAMAI dalam kalangan kita sering mengalami sakit belakang terutamanya selepas bekerja dan memandu dalam tempoh yang panjang. Namun, situasi ini dianggap biasa dan diabaikan sahaja selagi ia tidak membawa kemudaratan kepada kesihatan diri. Menurut laman advokasi kesihatan Public Health Malaysia, terdapat enam tindakan harian yang tidak disedari boleh memberi kesan buruk terhadap tulang belakang. 1. Duduk terlalu lama tanpa bergerak 2. Membongkok semasa angkat barang berat 3. Pakai kasut tumit tinggi terlalu lama 4. Tidur meniarap atau guna bantal terlalu tinggi Banyak tabiat harian yang tidak disedari boleh merosakkan tulang belakang. -Gambar hiasan 5. Bawa beg berat di sebelah bahu 6. Letak dompet di poket belakang Apa yang boleh anda lakukan? 1. Lakukan regangan setiap 30 minit 2. Gunakan postur yang betul semasa mengangkat barang 3. Tidur dalam posisi yang menyokong tulang belakang, seperti mengiring 4. Pastikan kasut yang dipakai selesa dan menyokong postur badan Sebagai peringatan, sayangilah tulang belakang anda kerana ia adalah “paksi” utama badan kita! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube