suria

Perlu ke paksa diri bersarapan walau perut tak lapar? Ini jawapan pakar nutrisi

Ramai individu mengabaikan sarapan kerana kesibukan pada waktu pagi. -Gambar hiasan

RAMAI sebenarnya individu yang mengabaikan sarapan kerana kekangan waktu dan tidak berasa lapar.

Malah, ramai juga yang hanya mengalas perut pada waktu pagi dengan segelas teh atau kopi sahaja.

Pakar pemakanan menyebut makan pagi mempunyai banyak manfaat, terutamanya jika menunya mengandungi protein, serat, dan lemak.

Amalan bersarapan boleh membantu mengekalkan kestabilan gula dalam darah, menjadi sumber tenaga, serta mengurangkan keinginan untuk makan secara berlebihan.

Menurut pakar nutrisi Lindsay Malone dari sekolah perubatan Case Western Reserve University, keperluan sarapan atau tidak sebenarnya berbeza bagi setiap individu.

Interview with kopitiam propriorter who is offering RM5 breakfast and other cheap offerings as part of Menu Ramah spirit. Will also do Street Grub at the same time. —SAMUEL ONG/ The Star

Antara sarapan 'basic' yang menjadi pilihan ramai. -Gambar hiasan

"Kuncinya adalah mendengar tubuh kita. Kita mungkin rasa baik-baik saja tanpa sarapan, tetapi ada kemungkinan kesan sampingan yang tidak disedari," katanya.

Sebelum kita terus melewatkan sarapan, berikut beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:

Adakah rasa lapar?

Jika kita makan sebelum tidur, tubuh mungkin masih memproses makanan daripada malam sebelumnya.

Satu pola pun terbentuk: kita melewatkan sarapan tetapi menggantikan kalori yang hilang pada waktu lain.

"Kemudian, kita mungkin mengambil sepertiga keperluan kalori dengan makan kudapan selepas makan malam. Jika tubuh memproses lebih banyak makanan pada waktu ia sepatutnya berehat, ia boleh mengganggu tidur dan meningkatkan berat badan," kata Malone.

Ahli nutrisi Ivory Loh menjelaskan terdapat pelbagai mekanisme fizikal yang membuatkan kita terdorong untuk makan pada waktu pagi.

"Tetapi jika kita sudah terbiasa tidak bersarapan, tubuh akan berhenti menghantar isyarat lapar kerana tahu ia akan diabaikan. Jika mahu mengubahnya, cuba makan sesuatu secara konsisten pada waktu pagi selama tiga minggu. Tubuh akan mula menjangkakan makanan pada waktu itu," katanya.

NASI LEMAK TAWAF at Sri Petaling (warung located in front of Poppo Kanteen),Sri Petaling.

Ada juga individu yang gemar mengambil makanan berat pada waktu pagi. -Gambar hiasan

Minum kopi atau teh

Kopi boleh mengurangkan rasa lapar dan memberikan sedikit tenaga, terutamanya jika diminum bersama susu.

Namun, biasanya selepas beberapa ketika, kita akan mencari kafein lagi.

“Mungkin kita tidak berasa lapar sehingga pukul 10 pagi. Tidak mengapa. Duduklah dan makan yogurt serta pisang. Itu masih dianggap sebagai sarapan,” kata pakar nutrisi Lauren Au pula.

Sarapan atau tidak bergantung pada kebiasaan, tetapi yang paling penting ialah memberi perhatian pada apa yang dimakan.

"Apa yang paling penting untuk kesihatan ialah kita mengambil makanan dengan penuh kesedaran dan berhati-hati, serta memastikan waktu makan yang betul.

"Sarapan mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Tetapi yang penting adalah memastikan kita mendapat nutrien yang mencukupi. Jangan abaikan keperluan pemakanan tubuh," kata Loh. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain