suria

Si bulus tiba-tiba terlebih manja, asyik nak duduk dekat... Ini mungkin petanda tak baik pemilik kucing perlu tahu

Perubahan sikap boleh menjadi tanda-tanda sebelum kematian si bulus anda. -Gambar hiasan

KUCING biasanya akan menunjukkan perubahan daripada segi fizikal dan juga sikap sebelum ia pergi buat selama-lamanya.

Namun, tanda-tanda ini juga mungkin menjadi petanda kepada penyakit yang boleh dirawat.

Oleh itu, adalah penting untuk membawa kucing berjumpa dengan doktor haiwan jika anda melihat simptom-simptom ini.

Berikut kami kongsikan empat tanda sebelum kematian kucing:

1. Hilang selera

Tiada selera makan adalah salah satu tanda awal kucing mungkin sedang menghampiri saat-saat akhir kehidupannya.

Namun, kucing juga boleh hilang selera atas faktor-faktor lain.

Jadi, anda perlu membawa kucing berjumpa doktor haiwan jika ia berhenti makan.

A cat were seen looking for food at the empty Jalan Masjid India near the Selangor Mansion and Malayan Mansion apartment building which was cordoned off after cases of individuals infected with the Covid-19. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. April 9, 2020.

Bawa kucing anda ke klinik haiwan jika ia menunjukkan sebarang perubahan pelik. -Gambar hiasan

2. Kurang aktif

Apabila tubuh kucing mula berhenti berfungsi, anda mungkin akan melihat penurunan pada tahap tenaga si manja, kata doktor perubatan veterinar, Sara Ochoa.

Kesakitan juga boleh mengurangkan tenaga, menyebabkan kucing anda lebih memilih untuk tidur daripada melakukan aktiviti yang digemari.

3. Perubahan sikap

Tingkah laku kucing yang sedang nazak mungkin berubah dengan ketara apabila menghampiri penghujung hayat.

Antara tandanya, kucing anda akan menunjukkan sikap manja berlebihan.

Sesetengah kucing menjadi lebih penyayang menjelang penghujung hayat dan mungkin ingin sentiasa dekat dengan anda.

4. Penjagaan diri yang kurang baik

Kucing membersihkan bulu mereka dengan menjilat seluruh badan hampir setiap masa.

Apabila kucing kehilangan tenaga dan tidak lagi berasa sihat, si bulus biasanya berhenti membersihkan dan merapikan diri seperti biasa.

Akibatnya, bulu mungkin kelihatan kusam, kotor atau tidak terurus dan kucing berbulu lebat mungkin mengalami bulu yang kusut atau berketul. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain