DI sebalik kemeriahan majlis pernikahan, pasangan pengantin baharu pastinya akan gementar menjelang malam pertama mereka.
Ia adalah saat yang penuh debaran kerana mereka akan mula mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam dan intim.
Tambah mendebarkan tentunya hubungan intim yang bakal dilalui si teruna dan dara buat pertama kalinya selepas mereka disatukan sebagai suami isteri.
Tip malam pertama:
1. Jangan letak harapan tinggi
Hari istimewa seperti ini pasti membuatkan anda mahu segala-galanya berjalan dengan sempurna.
Namun, pengantin lelaki tidak perlu malu sekiranya gagal mengalami ereksi.
Situasi ini sebenarnya agak biasa berlaku dan disebut sebagai performance anxiety yang berpunca daripada tekanan dan keletihan berlebihan.
Si teruna juga mungkin akan mengalami ejakulasi awal kerana baru pertama kali melakukan hubungan intim.
Namun, kaum Adam dinasihatkan agar tidak tertekan kerana prestasi di ranjang boleh diperbaiki dengan amalan berterusan.
Menghadapi malam pertama dianggap sebagai detik mendebarkan buat pengantin baharu. -Gambar hiasan
Malah, lelaki juga tidak boleh menyalahkan diri sendiri jika gagal memberi kepuasan kepada pasangan.
Kuncinya adalah bertenang kerana ia pengalaman pertama anda, biarkan segalanya berlaku secara semula jadi.
2. Aktiviti lain di malam pertama
Sebut sahaja malam pertama, ramai yang mula membayangkan pasangan pengantin baharu wajib melakukan hubungan intim.
Ini merupakan tanggapan yang salah kerana ramai pasangan tidak melakukannya pada malam pertama mereka bergelar suami isteri.
Ada pasangan yang memilih untuk tidur sahaja memandangkan mereka terlalu penat selepas seharian melayan tetamu.
Jadi, jangan berasa kecewa jika anda tidak sempat bermesra seperti yang dirancang kerana banyak lagi masa yang ada selepas berkahwin.
3. Kebersihan diri
Aspek kebersihan diri sangat penting kerana hubungan intim melibatkan aktiviti antara dua individu.
Apatah lagi buat mereka yang baru pertama kali mahu melakukan hubungan intim, anda harus memastikan diri berada dalam keadaan bersih.
Selain mandi, menggosok gigi dan memakai pewangi, pasangan pengantin juga disaran untuk mencukur bulu di bahagian intim mereka.
Antara lain, si dara juga boleh menggayakan baju seksi bagi menghangatkan lagi suasana malam pertama bersama suami.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube