PEMAKANAN dan senaman dianggap sebagai dua elemen paling penting dalam proses untuk menurukan berat badan.
Namun, terdapat satu faktor penting yang sering diabaikan, iaitu kualiti tidur.
Kajian menunjukkan tidur yang cukup dan berkualiti memainkan peranan besar dalam kejayaan penurunan berat badan.
Jadi, berapa jam tidur yang sebenarnya diperlukan untuk menyokong proses ini?
Menurut seorang pengarah perubatan, Dr Michael Chichak, tidur memainkan peranan penting dalam mengatur hormon yang mempengaruhi rasa lapar dan kenyang.
Tidur memainkan peranan penting dalam mengatur hormon yang mempengaruhi rasa lapar dan kenyang. -Gambar hiasan
"Ketidakseimbangan tidur mengganggu hormon leptin dan ghrelin, yang mengatur rasa kenyang dan nafsu makan. Akibatnya, seseorang lebih cenderung makan berlebihan dan mengalami kenaikan berat badan," jelasnya.
Dr Michael menyarankan seseorang harus tidur antara tujuh hingga sembilan jam setiap malam.
Tidur selama tempoh itu bukan sahaja memberi tubuh masa yang cukup untuk pemulihan tetapi juga membantu menyeimbangkan hormon yang berkaitan dengan rasa lapar dan metabolisme.
Anda juga diminta agar mengelakkan kafein pada waktu petang kerana ia boleh mengganggu kitaran tidur.
Antara saranan lain:
1. Pastikan jadual tidur sama setiap malam.
2. Cipta rutin tidur seperti membaca atau mandi sebelum melelapkan mata.
3. Pastikan bilik gelap, tenang dan mempunyai suhu nyaman.
4. Elak gajet sebelum tidur.
5. Elak minum kafein pada waktu petang