suria

Tilam terlalu lembut, selimut tebal sangat... Ibu bapa kena tahu punca sindrom bayi mati mengejut ketika tidur

Mati secara mengejut boleh berlaku ketika bayi tidur. -Gambar hiasan

MATI mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) merujuk kepada kematian bayi secara tiba-tiba dan tanpa sebab jelas sebelum usia setahun.

Walaupun punca utama masih tidak diketahui, kematian ini biasanya berlaku ketika bayi itu masih tidur.

Kajian mendapati ia berkait dengan perkembangan otak tidak normal, menyebabkan gangguan pernafasan atau kesukaran bayi untuk terjaga daripada tidur.

Menurut Hello Doktor, terdapat punca dan faktor berisiko yang menjadi penyebab kepada kematian bayi.

Faktor fizikal

1. Perkembangan otak tidak normal - Mengganggu kawalan pernafasan dan kesedaran semasa tidur.

2. Bayi pramatang atau kurang berat badan - Sukar mengawal pernafasan dan degupan jantung.

3. Jangkitan pernafasan - Bayi yang mengalami selesema berisiko lebih tinggi.

Tilam terlalu lembut berisiko untuk bayi mengalami sesak nafas. -Gambar hiasan

Faktor persekitaran tidur

1. Tidur meniarap atau mengiring - Menyebabkan kesukaran bernafas.

2. Tilam terlalu lembut atau berselimut tebal - Risiko sesak nafas meningkat.

3. Tidur bersama ibu bapa - Berisiko terhimpit atau terhalang pernafasannya.

Faktor risiko lain

1. Jantina - Bayi lelaki lebih berisiko.

2. Usia - Paling tinggi dalam lingkungan dua hingga tiga bulan.

3. Sejarah keluarga - Jika ada kes SIDS dalam keluarga, risiko meningkat.

4. Pendedahan kepada asap rokok - Membahayakan sistem pernafasan bayi.

5. Gaya hidup ibu semasa hamil - Merokok, alkohol dan dadah juga meningkatkan risiko SIDS.

Kesimpulannya, mengurangkan risiko SIDS boleh dilakukan dengan memastikan bayi tidur menelentang, menggunakan tilam bersesuaian, serta menghindari asap rokok dan faktor bahaya lain.

Artikel Lain