JENAYAH ragut bukan perkara baharu, tetapi masih ramai yang mengambil mudah soal keselamatan.
Bayangkan betapa ramai dalam kalangan masyarakat yang masih berjalan di tempat awam seperti pasar malam, parkir sunyi atau di lorong sesak dengan gelang emas besar di tangan serta rantai berkilau di leher.
Tanpa kita disedari, ada mata yang memerhati dan mencari peluang untuk bertindak melakukan jenayah demi seutas rantai atau barang kemas.
Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling ketika bersendirian. -Gambar hiasan
Menurut Public Health Malaysia, terdapat tiga perkara boleh dilakukan bagi mengelakkan hal tersebut berlaku.
1. Elakkan memakai barang kemas yang menonjol di tempat awam, terutama di kawasan yang berisiko.
2. Simpan barang berharga dengan selamat dan jangan sesekali mendedahkannya dengan cuai.
3. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan elakkan melalui kawasan sunyi seorang diri.
Perkongsian ini adalah berikutan kisah menyayat hati apabila seorang wanita kehilangan nyawa selepas disamun ketika melakukan urusan jual beli.
Antara barangan berharga milik mangsa yang hilang adalah gelang, cincin dan subang selain telefon bimbit dan dompet.
Suspek yang membunuh wanita itu kemudiannya menggadaikan gelang emas dengan nilai anggaran RM30,000 milik mangsa.
Walaupun ini bukan kes pertama, kisah ini memberi peringatan kepada orang ramai kerana sudah banyak kejadian ragut berakhir dengan kecederaan serius malah boleh meragut nyawa.