suria

Wanita kongsi tip cari anak hilang, biar nampak tak siuman daripada menyesal tak sudah

Kejadian anak hilang boleh berlaku di mana-mana sahaja. -Gambar hiasan

ISU kehilangan kanak-kanak semakin membimbangkan pada hari ini kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. 

Keadaan menjadi lebih berisiko apabila ibu bapa membawa anak ke tempat yang sesak seperti pusat beli-belah atau taman permainan.

Tambahan pula dengan sesi persekolahan yang telah bermula, keselamatan anak-anak ketika berada di luar pengawasan ibu bapa menjadi kebimbangan. 

Seorang ibu kepada tiga anak, Jess Martini, berkongsi tip untuk menangani situasi apabila anak hilang di tempat awam, berdasarkan pengalamannya sendiri yang pernah berdepan detik cemas ini.

Situasi anak hilang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. -Gambar hiasan

Tip berdepan situasi anak hilang:

1. Jangan diam atau cari secara senyap

Sebaliknya, laungkan penerangan mengenai ciri-ciri anak anda ketika sedang mencari.

Ulang penerangan dengan kuat seperti nama anak, warna baju yang dipakai dan ciri-ciri fizikal lain untuk menarik perhatian orang sekeliling.

2. Dapatkan bantuan seramai mungkin 

Semakin ramai yang mencari, semakin sukar untuk penculik melarikan anak anda tanpa disedari.

3. Jangan takut untuk menarik perhatian ramai

Lebih baik kelihatan 'tidak siuman' seketika daripada menyesal kemudian kerana kehilangan anak.

Dengan langkah-langkah ini, ibu bapa boleh meningkatkan peluang untuk segera menemukan anak yang hilang. 

Keselamatan anak adalah keutamaan, jadi pastikan sentiasa peka dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Artikel Lain