suria

Sakit hati tengok anak digigit, ditolak... Ini cara betul kawal situasi, elak 'naik hantu' terhadap budak

Tangkap layar video tular seorang kanak-kanak ditolak sehingga jatuh.

TULAR satu video yang menimbulkan kebimbangan ramai menunjukkan seorang ibu merakam detik anaknya ditolak oleh kanak-kanak lain hingga jatuh tersungkur. 

Video tersebut dirakam secara kebetulan ketika anaknya sedang bermain di sebuah taman tema air.

Semestinya, situasi seperti ini boleh buat ibu bapa ‘naik hantu’ terhadap pelaku yang menolak anak mereka.

Seorang pempengaruh, Maisarah Mahmud terpanggil untuk bertanya mengenai bagaimana cara terbaik untuk mengendalikan keadaan tanpa memilih keganasan atau menjerit?

Soalan tersebut kemudiannya dijawab oleh seorang ibu dan guru Pendidikan Awal Kanak-kanak, Aishahshm yang menjelaskan cara bagaimana kita boleh mengurus dua situasi ini dengan tenang dan berhemah.

Soalan yang ditanya Maisarah di media sosial.

Situasi 1: Anak ditolak oleh kanak-kanak lain

Kalau budak yang menolak anak kita berumur lima tahun ke atas, boleh tegur dengan lebih tegas. 

Tak kisahlah depan ibu bapanya atau tidak, tetap perlu diberitahu bahawa perbuatan itu salah dan tidak boleh diulang.

Tetapi kalau yang menolak itu masih kecil, teguran boleh dibuat dengan lebih lembut. 

Situasi 2: Anak digigit di taska

Kes budak gigit kawan di taska memang biasa berlaku, terutama dalam kalangan kanak-kanak yang masih belum pandai menyalurkan emosi dengan betul. 

Tapi berbeza pula kalau anak kita digigit berkali-kali.

Langkah pertama yang perlu dilakukan ibu atau bapa adalah maklumkan kepada guru. 

Didikan terhadap anak-anak bermula daripada ibu bapa sendiri. -Gambar hiasan

Ini kerana ibu bapa perlu bertindak lebih tegas dengan berbincang bersama guru atau pihak taska untuk cari penyelesaian. 

Jika perlu, berhubung dengan ibu bapa kanak-kanak tersebut supaya kedua-dua pihak boleh sama-sama mendidik anak dengan cara yang betul.

Anak sendiri boleh jadi ‘pelaku’

Kadang-kadang, dalam kemarahan melihat anak kita jadi ‘mangsa’, ramai terlupa bahawa anak sendiri juga boleh berada di pihak yang satu lagi. 

Oleh itu, penting untuk kita sentiasa ingatkan dan latih anak supaya berkomunikasi dengan baik tanpa menggunakan kekerasan.

Ajarkan anak kita untuk meluahkan sesuatu atau perasaan dengan kata-kata dan bukan tindakan fizikal seperti menggigit atau menolak.

Artikel Lain