HAMPIR kebanyakan wanita mengalami masalah keputihan yang banyak sehingga menimbulkan rasa kurang selesa pada diri.
Ini kerana, jangkitan kulat seperti candida boleh membuatkan vagina atau faraj menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.
Walau bagaimanapun, jangkitan kulat boleh dirawat seterusnya memberi keselesaan pada tubuh.
Anda juga boleh mengamalkan pengambilan beberapa jenis buah yang membantu menjaga bahagian intim seperti dikongsikan pengamal kesihatan, Nora Mun di laman TikTok.
Menurut wanita yang berpengalaman selama 34 tahun dalam industri kesihatan dan perubatan ini, jika buah-buahan tersebut dijadikan rutin harian, ia dapat memberikan aroma wangi pada faraj anda.
1. Tembikai
Tembikai terkenal dengan kandungan air yang tinggi dan membantu menghidrasi tubuh.
Kebanyakan lelaki mengamalkan pengambilan tembikai merah kerana buah ini dikatakan viagra semula jadi.
Bagi golongan wanita, pengambilan setiap hari akan membuatkan faraj sentiasa basah dan tidak kering selain meningkatkan hormon seksual atau libido.
Sebaiknya, ia dimakan bersama empulur hijau kerana bagus untuk kesihatan dalaman.
Pengambilan nanas dan yogurt asli membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
2. Nanas
Buah nanas kaya dengan vitamin B6 dan C selain mengandungi bormelain yang tinggi bagi meningkatkan sistem imunisasi badan.
Masyarakat dulu sering menegah pengambilan nanas bagi wanita hamil, namun sebenarnya ia adalah buah terbaik bagi mereka yang sedang ikhtiar hamil kerana membantu mematangkan telur.
Anda yang mengalami masalah keputihan juga boleh mengamalkan pengambilannya setiap hari.
3. Yogurt asli
Yogurt asli mengandungi protein, kalsium, vitamin dan prebiotik yang bagus.
Ini bermakna, amalan pengambilannya boleh melindungi usus sekali gus menyebabkan faraj berbau wangi.
4. Buah beri
Buah beri mempunyai pelbagai nutrisi dan manfaat tersendiri termasuk baik untuk kesihatan dalaman.
Tambahan pula, ia kaya dengan vitamin C, anti oksidan, serat dan kalium.