IBUNYA hanya boleh membaca tulisan jawi tetapi ia tidak pernah menghalangnya daripada membesarkan 10 anak hingga berjaya. "Ibu selalu memberi semangat kepada kami untuk ke sekolah, walaupun orang Melayu ketika itu takut untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran Kristian kerana bimbang mereka menukar agama. "Ibu saya turut mengajar amah kami dari China untuk bercakap dalam bahasa Melayu," demikian diceritakan isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengenai Allahyarham ibunya kepada The Star. ARTIKEL BERKAITAN: Miliki 100,000 pengikut IG, Farhatul kongsi ilmu seni taranum, tarik generasi muda cintai al-Quran ARTIKEL BERKAITAN: Opah 83 tahun masih memandu hadiri kuliah PhD, rela guna kanta pembesar untuk ulang kaji Siti Hasmah menyifatkan ibunya, Siti Khatijah Ahmad seorang yang pendiam namun sangat bekerja keras. Siti Hasmah bermain biola pada waktu lapangnya. "Beliau seorang anak yatim sejak kecil lagi ketika menetap di Melaka dan bapa saudara membesarkannya di Kuala Lumpur. Ibu kemudiannya berkahwin dengan bapa (Mohamad Ali Taib) ketika usianya 16 tahun," ujarnya. Pada era 1950-an, Siti Hasmah berkata, ramai gadis Melayu dihantar ke sekolah agama sebelum dikahwinkan. "Arwah bapa saya pernah berkata, 'jika saya beri pelajaran kepada anak lelaki, ia seperti mengajar diri sendiri tetapi jika ia dilakukan kepada anak perempuan maka dia akan mengajar seluruh dunia. "Hari ini sudah ramai anak gadis kita menjadi orang terpelajar kerana faham mereka perlu bersaing dengan lelaki. "Kita seperti 'kura-kura perlahan yang sudah ada di hadapan," katanya. Siti Hasmah ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini. Mesej Siti Hasmah kepada ibu muda? Beliau memberitahu seorang wanita itu perlu menjaga dirinya terlebih dahulu sebelum orang lain. "Allah mengurniakan kebolehan kepada ibu untuk menjaga dan membesarkan anak yang dilahirkan. Sebagai ibu, anda perlu menjaga diri sendiri terlebih dahulu. "Ini kerana tugas sebagai seorang ibu itu sangat berat yang memerlukan banyak kesabaran," katanya yang turut berpesan agar ibu-ibu membuat pemeriksaaan kesihatan secara kerap. Siti Hasmah juga turut menasihatkan agar setiap ibu turut menjalinkan hubungan baik dengan anak-anak walaupun telah mencapai usia 60 tahun.