suria

Nostalgia Hari Guru, siapa paling nakal suka 'prank' cikgu?

Hari Guru peluang terbaik untuk melihat mereka hadir ke sekolah dengan pakaian mengikut tema yang biasanya ditentukan oleh pelajar. Foto BERNAMA

SIAPA yang boleh lupakan zaman persekolahan? Tanyalah sesiapa pun, ia adalah antara detik paling indah dalam hidup kita walaupun kadang-kadang malas nak pergi sekolah, selain tidak mendengar kata seorang guru.

Tetapi guru bukan sahaja seorang pendidik tetapi mereka seperti ibu bapa, sahabat baik serta 'teman bergaduh' ketika di sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Opah 83 tahun masih memandu hadiri kuliah PhD, rela guna kanta pembesar untuk ulang kaji

Jika difikirkan sejenak, pasti kita masih ingat dengan jelas wajah guru dan nama mereka walaupun sudah bertahun-tahun meninggalkan alam persekolahan.

Namun setiap 16 Mei adalah hari semua pelajar mengenang jasa seorang guru dan ini adalah harinya semua pelajar menunjukkan rasa kasih mereka walaupun kadang-kadang kita suka bertengkar dengan guru.

Masihkah anda ingat sambutan Hari Guru yang diadakan di sekolah anda dahulu? Biasanya dua minggu sebelum hari istimewa itu ramai sudah mula merancang sesuatu untuk guru kesayangan mereka.

Guru bukan sahaja pendidik tetapi ibu bapa, rakan dan musuh pelajar.

1. Kutip duit buat jamuan

Biasanya ketua kelas akan beri idea untuk buat makan-makan 'tertutup' dengan guru darjah mereka. Setiap orang dalam kelas kena beri sumbangan agar boleh order makanan dekat makcik kantin.

2. Hadiah berkumpulan

Selain hadiah secara peribadi, biasanya kita akan mengumpul wang untuk membeli hadiah istimewa buat guru termasuk kad ucapan yang ditanda tangan oleh semua.

Bunga hadiah popular kepada guru. 

3. Bingkai gambar, bunga plastik

Jika diingat kembali mesti akan tergelak apabila mengingatkan hadiah yang diberikan kepada guru - paling popular bingkai gambar dan bunga plastik!

Bukan apa selain mudah didapati, harganya juga berpatutan tapi kalau ada wang lebih mesti belikan mug, pen juga antara yang biasa dihadiahkan.

4. Persembahan tarian, nyanyian

Inilah peluang masing-masing nak tunjuk bakat depan guru! Dua bulan sebelum Hari Guru dah buat latihan agar tak kena gelak dengan guru dan rakan-rakan.

Hari Guru adalah masanya untuk melihat mereka berseronok dengan pelbagai aktiviti.

5. 'Prank' cikgu!

Geng-geng nakal akan 'hidup' pada Hari Guru kerana biasanya ada sahaja idea 'prank' yang akan dikenakan kepada guru dan mereka terpaksa merelakan sahaja.

Pada 16 Mei juga adalah hari untuk kita lihat guru-guru memakai pakaian bertema seperti back to school atau red carpet glam.

Apa-apa pun, sambutan Hari Guru itu bukan sekadar mengenang jasa dan meraikan mereka tetapi dalam tidak sedar kita sedang mencipta memori yang akan dikenang sehingga akhir hayat. Buat semua guru di Malaysia, Selamat Hari Guru!

Hari Guru

Artikel Lain