suria

1001 emosi pesakit kronik dirakam jurugambar... Kerja jadi sukar terkenang ibu bapa

Walaupun terpaksa menjalani rawatan, Hasmah Ibrahim tetap bersemangat untuk terus kekal sihat bagi menguruskan perniagaan dan memasak untuk keluarganya. Foto SC SHEKAR

PANDANGAN sayu seorang ibu yang tidak berdaya setiap kali berdepan anaknya yang menahan kesakitan akibat kanser usus hingga ke saat pilu seorang isteri berpaut kepada suaminya menanti ajal - Itu adalah sebahagian gambar yang dirakamkan oleh jurugambar dokumentari SC Shekar.

Harapan Shekar hanya satu, gambar-gambar yang mempunyai 1001 emosi itu dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya aspek penjagaan pesakit dalam mengurangkan kesakitan di hari-hari terakhir menanti ajal.

ARTIKEL BERKAITAN: Kacak bertopi 'cowboy', kenali jejaka 'wow' ini yang sering diusik tetamu resort

Sejak lima tahun lalu Shekar mula mengabadikan foto-foto pesakit di akhir hayat mereka dan tetap berasa kagum dengan dedikasi yang tunjukkan oleh jururawat dan doktor Hospis Malaysia yang membantu mengurangkan beban pesakit.

Dawn Usharani seorang bekas jururawat dan sangat gembira sepanjang berkhidmat untuk pesakit.

"Perasaan kagum saya sampai mampu menitiskan air mata apabila melihat sendiri mereka merawat pesakit. Jadi saya fikir, gambar adalah cara terbaik untuk mengabadikan dedikasi jururawat dan doktor terhadap pesakit mereka.

"Masyarakat akan tersentuh dan terpanggil untuk menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan ini," katanya kepada Star2.

Ia sukar kerana saya sendiri akan terkenang akan mendiang bapa yang sudah meninggal dunia dan ibu yang kini berusia 90 tahun dan berada dalam keadaan tidak sihat.

SC SHEKAR

JURUGAMBAR DOKUMENTARI

Shekar yang terkenal kerana fotografi seni bina juga mengkhususkan dalam seni potret etnografi.

Menelusuri karier selama 30 tahun di seluruh Asia, Shekar juga pernah menerbitkan lebih 27 buku yang mana tiga diantaranya memberi tumpuan kepada Asia Tenggara.

Shekar mula merakamkan gambar pesakit dan keluarga mereka sejak lima tahun lalu.

Naskhah terbaharunya, Grit & Grace - The Grandeur of Monochrome Malaysia mengetengahkan keindahan landskap termasuk komuniti Orang Asli dari pandangan udara menggunakan helikopter.

Shekar juga mengambil kesempatan untuk mengajar kanak-kanak di sekolah luar bandar tentang fotografi dan alam sekitar dalam meningkatkan kesedaran mereka tentang kepentingan menjaga warisan bumi.

Sementara itu, Shekar berkata, dia mendapat jemputan daripada Pengerusi Hospis Malaysia, Datin Kathleen Chew sekitar lima tahun lalu untuk merakamkan gambar di organisasi itu.

Antara foto yang dirakamkan Shekar.

Atas permintaan itu, Shekar berkata, dia mengabadikan foto pesakit bersama penjaga dan keluarga mereka termasuk jururawat serta doktor yang merawat pesakit.

Ia bukan tugas mudah kata Shekar - ia mencabar emosi apabila mengetahui subjek yang dirakamkan sedang berhadapan dengan detik-detik terakhir hidup mereka bersama keluarga.

"Saya selalu mendapati sangat sukar untuk mengambil gambar mereka bukan kerana mereka tidak mahu wajah mereka dirakamkan.

"Ia sukar kerana saya sendiri akan terkenang akan mendiang bapa yang sudah meninggal dunia dan ibu yang kini berusia 90 tahun dan berada dalam keadaan tidak sihat.

Lim Boon Chin bersama ibunya yang kini berusia 84 tahun.

"Jadi saya boleh rasai kesukaran dan kesakitan yang mereka sedang lalui, malah kita tahu dalam masa beberapa hari atau minggu mereka akan meninggal dunia," ujarnya.

Di sebalik pandangan suram pesakit, Shekar turut berasa kagum dengan ketabahan doktor dan jururawat yang berhadapan dengan situasi itu setiap hari.

"Tidak kira apa yang saya rasakan namun saat jururawat datang untuk merawat pesakit saya jadi kagum.

"Kagum kerana anda tahu ada seseorang yang sentiasa ada untuk membantu pesakit ini," jelasnya yang berharap gambar-gambarnya dapat memberi inspirasi dan makna tersendiri mengenai kehidupan di saat menghadapi kematian.

SC Shekar, Hospis Malaysia

Artikel Lain