suria

Genius! Kanak-kanak 9 tahun bakal tamat pengajian kejuruteraan elektrik Disember ini

Laurent bakal menamatkan pengajiannya Disember ini.

BARU berusia sembilan tahun, Laurent Simons berjaya mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Eindhoven (TUE) di Belanda.

Bukan calang-calang pelajar yang dapat mengikuti jurusan kejuruteraan elektrik kerana dianggap antara pengajian paling sukar di TUE, lebih-lebih lagi pada usianya yang terlalu muda.

Laurent dianggap sebagai sangat luar biasa dan bakal menamatkan pengajian peringkat ijazahnya pada Disember ini.

ARTIKEL BERKAITAN:  Genius! Kenali 5 manusia paling bijak di dunia

Dia juga merancang untuk menyambung pengajian selepas ini, malah dalam masa yang sama Laurent turut mengikut kursus dalam bidang perubatan.

Ibu bapanya, Lydia dan Alexander Simons berkata, pada mulanya dia menganggap datuk dan nenek Laurent sebagai 'membesarkan cerita' apabila memberitahu cucunya itu mempunyai kelebihan, namun tanggapan itu dipersetujui oleh gurunya.

Laurent bersaama ibu dan bapanya.

"Mereka menyedari ada sesuatu yang istimewa dengan Laurent," kata ibunya.

Manakala Alexander memberitahu Laurent turut diuji oleh guru-guru di sekolahnya.

"Dia diberi ujian berterusan dan guru-gurunya cuba mengembangkan bakatnya. Mereka juga memberitahu dia seperti span," jelas Alexander.

Laurent merupakan anak kepada sebuah keluarga doktor dari Belgium.

Lebih menarik, ibu bapanya sendiri tidak dapat mencari jawapan kenapa anak mereka mempunyai kelebihan luar biasa dan mampu belajar dengan pantas.

Laurent mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan eletrik dan perubatan.

Namun Lydia mempunyai teorinya sendiri.

"Saya banyak makan ikan ketika mengandungkannya," ujarnya berjenaka.

Selain itu, TUE membenarkan Laurent menamatkan pengajiannya lebih cepat daripada pelajar-pelajar yang lain.

"Ini bukan perkara biasa. Pelajar istimewa mempunyai alasan sendiri untuk melakukan perkara ini dan boleh merancang jadual," katanya.

Artikel Lain