suria

Robert Pattinson lelaki paling kacak di dunia, dapat markah rendah kerana bibir sahaja

Robert Pattinson lelaki paling kacak di dunia.

AKTOR filemTwilight dan Batman, Robert Pattinson diumumkan sebagai lelaki paling kacak di dunia.

Pengesahan itu berdasarkan kajian saintifik terhadap raut wajah yang sempurna oleh pakar bedah kosmetik terkemuka di Harley Street, London, Dr Julian De Silva.

Jika sebelum ini kecantikan model terkenal Bella Hadid yang menjadi wanita tercantik dunia dinilai berdasarkan dagu, kedudukan mata dan dahi tetapi Pattinson pula memiliki mata, kening, hidung, bibir, dagu, rahang dan bentuk wajah yang dipercayai amat berkait rapat dengan idea Yunani kuno iaitu 'kesempurnaan'.

ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti makan sebelum kenyang antara rahsia Kane Tanaka berstatus individu tertua di dunia

Berdasarkan Golden Ratio of Beauty Phi, skala penarafan kecantikan fizikal Yunani purba dibangunkan dengan menggunakan kiraan matematik dan mendapati bintang filem berusia 33 tahun itu mempunyai  92.15 peratus 'ketepatan' sempurna.

Robert mula dikenali ketika muncul dalam filem Twilight. 

Manakala pelakon Britain, Henry Cavill, menduduki tempat kedua dengan ketepatan kecantikan 91.64 peratus.

Lain-lain pelakon lelaki terkenal yang turut tersenarai hampir sempurna adalah  Bradley Cooper, Brad Pitt, George Clooney, Hugh Jackman, David Beckham, Idris Elba, Kanye West dan Ryan Gosling.

Apa itu Golden Ratio of  Beauty Phi?

Ia adalah ratio atau nisbah dipercayai bermula ketika zaman pembaharuan Eropah apabila artis dan arkitek menggunakan Golden Ratio untuk mencari persamaan bagi karya mereka.

Ia dipercayai digunakan oleh pakar dalam pelbagai bidang misalnya Leonardo Da Vinci untuk lukisannya yang terkenal, Vitruvian Man.


Robert menjadi kegilaan peminat wanita. 

Masyarakat Yunani purba menggambarkan bahawa kecantikan hanyalah matematik. Ianya dinilai menggunakan kod matematik, formula, atau angka yang dapat menggambarkan keindahan pada wajah.

Jadi, apabila timbul nombor untuk menggambarkan kecantikan, hanya akan ada satu nisbah secara konsisten hadir dalam semua yang berkaitan (kecantikan).

Dan dari situ timbul gelaran Golden Ratio yang dikira secara tepat mewakili nisbah 1.618: 1, 1.618 yang menjadikannya sebagai Phi.

Selain Golden Ratio, terdapat beberapa nama lain digunakan antaranya Phi RatioFibonacci Ratio, Divine Ratio, Golden Mean, dan Golden Section.

Kecantikan adalah subjektif

Dr Julian memberitahu The Daily Mail bahawa Robert Pattinson adalah pemenang bagi penilaian ini apabila semua elemen wajahnya diukur daripada segi kesempurnaan fizikal, dan dia hanya kehilangan mata kiraan disebabkan bibirnya yang agak nipis dan rata.

Sudah tentu, seperti semua perkara kreatif, kecantikan juga adalah subjektif. Manakala ranking Pattinson ini turut mengambil kira keperibadiannya yang terkenal di seluruh dunia.

Artikel Lain