JENNIE Stejna menjadi individu pertama yang selamat keluar daripada Life Care Center selepas dijangkiti Covid-19. Stejna yang berusia 103 tahun menjadi perhatian apabila dia yang dilaporkan hampir meninggal dunia akibat Covid-19 secara rasminya telah diumumkan sudah pulih. Warga emas ini dianggap bertuah kerana pada usia lanjutnya dia berjaya mengharungi wabak yang telah membunuh lebih 360,000 seluruh dunia. ARTIKEL BERKAITAN: Niat membantu, pesara paramedik dijulang sebagai hero selepas maut akibat Covid-19 Cucunya, Shelley Gunn ternyata begitu gembira dengan perkembangan Stejna yang mempunyai semangat kental selepas diberitahu neneknya itu hampir mati akibat Covid-19. Stejna berusia 103 tahun dan sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19. Foto: Keluarga Gun Menurut Shelley, ketika sihat neneknya itu gemar mendengar radio terutama perlawanan besbol dan merupakan peminat pasukan Boston Red Sox. Wanita kelahiran Poland yang tinggal di Massachusetts, Amerika Syarikat ini jatuh sakit tiga minggu lalu dan menjadi penghuni pertama di pusat jagaan dijangkiti virus itu. Berdasarkan keadaannya itu, keluarga Stejna mula bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan mengucapkan selamat tinggal. Bagaimanapun sebaliknya berlaku, apabila Stejna kembali sihat dan amat teruja apabila diberitahu sudah pulih sepenuhnya. Stejna bersama cucu dan cicitnya sebelum dijangkiti Covid-19. Sebelum ini suami cucunya, Adam Gun sempat berbual dengan Stejna ketika dia sedang dirawat. "Saya bertanyakan dia sama ada sudah bersedia untuk ke syurga, dan dia menjawab 'ya'. "Dan (kini) nenek kami berjaya melawan koronavirus. Kami sangat bersyukur," ujar Adam. Sehingga hari ini terdapat 33 pesakit Covid-19 yang masih dirawat di Life Care Center.- Dailystar.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!