suria

Dulu raih pingat emas, kini bekas pemain boling kebangsaan ratu penggubah bunga global!

Edana Hee Kar Yen bergelar juara pertandingan Design Challenge International 2020.

JIKA sebelum ini Edana Hee Kar Yen pernah menggondol pingat emas sebagai pemain boling kebangsaan namun kini dia sekali lagi membuktikan sentuhan emasnya.

Bukan menerusi pertandingan boling tetapi sebagai penggubah bunga pada pertandingan Design Challenge International 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak manja tapi jangan terkejut, si bulus ini dah tawan lebih 30 gunung di seluruh negara! - “Jibek ajar saya erti kesabaran”

Pertandingan dalam talian ini dianjurkan oleh Persatuan Kedai Bunga Florida disertai oleh 88 penggubah bunga daripada 35 negara.



Gubahan yang telah membawa kemenangan pada Hee.

"Saya suka idea wanita Afrika berleher panjang dengan rantai di leher mereka, anting-anting besar serta topi zulu.

"Tiga komponen ini menunjukkan status dan hierarki atau mewakili suku kaum mereka selain tentang nilai, budaya dan gaya," kata Hee yang berasal dari Petaling Jaya.

Dalam rekaan yang dimenanginya, Hee menggunakan campuran bunga tempatan dan import iaitu protea dan anggerik sementara daun hijau, dia menggunakan bare grasses dan green bells.

Struktur bagi menyatukan bunga tersebut, Hee, 29, memberitahu dia menggunakan botol dan wayar.



Hee mengambil masa sehingga 250 jam untuk menyiapkan gubahannya itu.

"Setiap baris kabel logam pada botol mewakili cincin leher. Bentuk bulat, daripada pandangan atas mewakili topi zulu. Lingkaran yang dibalut dengan bare grasses dan green bells serta anngerik mewakili anting-anting," jelasnya.

Bahagian tengah gubahan itu, Hee meletakkan bunga protea yang mewakili mahkota bagi menggambarkan bagaimana setiap wanita dapat menjadi 'raja'.

Hee mengambil masa 200 hingga 250 jam untuk menyiapkan rekaan itu selain membelanjakan sebanyak RM300.

Bercakap mengenai pertandingan itu, Hee memberitahu dia perlu menghantar gambar rekaannya daripada pelbagai sudut untuk dinilai oleh juri.



Menarik... Gubahan ini hanya menelan kos RM300.

Kata Hee, apabila dia mendapat tahu mengenai kemenangannya, dia berasa cukup bangga.

"Saya terkejut kerana masih baru dalam bidang ini dan peserta lain yang menyertai pertandingan semuanya berpengalaman dan mempunyai kemahiran tersendiri," katanya.

Hee memberitahu dia juga bersyukur dapat menyumbangkan kemenangan buat negara walaupun bukan lagi sebagai pemain boling kebangsaan.

"Saya sangat suka dengan apa yang saya lakukan sekarang," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain