suria

Pemuda ini sanggup belanja RM44,000 demi dapat wajah seperti patung Ken, kekasih Barbie - “Saya mahu kelihatan plastik”

Jimmy menghabiskan RM44,000 demi kelihatan seperti Ken.

USIA lelaki ini baru sahaja mencecah 22 tahun namun sepanjang tempoh setahun yang lalu Jimmy Featherstone telah melakukan pelbagai pembedahan plastik.

Objektifnya hanya satu - ingin mengubah wajahnya menjadi patung figura popular Ken yang juga kekasih kepada Barbie.

ARTIKEL BERKAITAN: Jadikan watak Profesor X (X-Men) sebagai inspirasi, kegigihan Cikgu Nazmi mendidik di kampung pedalaman Sarawak akhirnya terbayar!

Jimmy telah menghabiskan AS$10,000 (RM44,000) untuk menjalani pembedahan plastik seperti suntikan bibir, implan pipi, menukar bentuk wajahnya agar mirip karakter impiannya.

"Saya telah melakukan pelbagai prosedur dalam tempoh setahun ini, tetapi ini hanya permulaan.

"Jika mahu kelihatan seperti Ken... saya merasakan patung itu kelihatan luar biasa," katanya seperti dilaporkan New York Post.



Jimmy belum berpuas hati dengan rupa parasnya.

Jimmy yang berasal dari United Kingdom meninggalkan alam persekolahan ketika usianya 16 tahun dan sejak itu melakukan pelbagai pekerjaan untuk mengumpul wang bagi membolehkannya melakukan pembedahan plastik.

"Saya selalu menjadi perhatian dan menonjol daripada orang lain. Sekarang saya mahu lebih dikenali dan kelihatan plastik kerana itulah estetika yang saya suka," jelasnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Jimmy mendedahkan dia membelanjakan AS$400 (RM1,600) setiap minggu untuk memastikan kecantikannya sentiasa terjaga.

Malah dia kini sedang menghitung hari untuk melakukan pembedahan hidung.

Tidak hanya kecantikan wajah, Jimmy juga sangat menggemari kehidupan mewah termasuk berbelanja barangan mewah seperti Chanel dan Moncler selain gemar makan di restoran mewah.

Baru-baru ini, Jimmy membelanjakan AS$30,000 (RM120,000) untuk mengadakan sambutan hari jadinya.

"Majlis itu sangat elegan dan benar-benar luar biasa dan ramai membandingkan ia seperti majlis perkahwinan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain