suria

Tsang pecah rekod wanita terpantas mendaki Everest

Tsang berjaya menamatkan pendakian hanya dalam tempoh kurang 26 jam.

PENDAKI berasal dari Hong Kong, Tsang Yin Hung telah mencatatkan pendakian Gunung Everest paling cepat di dunia melibatkan wanita dengan waktu kurang daripada 26 jam, kata pihak berkuasa di Nepal pada Jumaat lalu.

Tsang yang berusia 44 tahun mendaki gunung setinggi 88,4886 meter itu dalam catatan waktu 25 jam dan 50 minit pada 23 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ini sanggup belanja RM44,000 demi dapat wajah seperti patung Ken, kekasih Barbie - “Saya mahu kelihatan plastik”

"Dia meninggalkan base camp pada pukul 13.20 petang pada Sabtu lalu dan tiba di puncak pada 15.10 petang keesokan harinya," katanya wakil base camp Everest, Gyanendra Shrestha.

Bagaimanapun Tsang masih perlu menunjukkan bukti itu kepada pihak Guinness World Records untuk menerima sijil atas pencapaiannya itu secara rasmi.



Tsang telah tiga kali mendaki Everest.

Sebelum ini, Phunjo Jhagmu Lama pernah bergelar wanita terpantas mendaki Everest dengan catatan masa 39 jam.

Pada 2017, Tsang menjadi wanita Hong Kong pertama yang mencapai puncak dunia itu dan prestasi terbaharu itu adalah cubaan kali ketika dia mendaki gunung itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Nepal telah mengeluarkan 408 permit keizinan bagi pendaki mendaki Everest tahun ini selepas membatalkan semua pendakian tahun lalu akibat pandemik.

Setakat ini, seramai 350 pendaki telah menyelesaikan pendakian mereka selain terdapat dua pasukan membatalkan ekspedisi selepas beberapa pendaki disahkan positif Covid-19.

Pihak kerajaan Nepal juga turut mengeluarkan amaran cuaca buruk melanda selepas angin taufan melanda Timur India ke Nepal pada 26 Mei lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain