suria

Minat Sazali Samad, jejaka ini kongsi kisah transformasi dari 'keding' ke sado – “Pakai baju je longgar, nampak tak elok“

Melihat dirinya yang dulu membuatkan Iskandar semakin minat dalam bidang seni bina badan.

SETIAP orang pasti mendambakan bentuk badan yang ideal dan cantik kerana ia mempengaruhi penampilan dan imej diri dalam kehidupan seharian.

Pernah diejek ‘keding’ sejak zaman persekolahan, begitulah permulaan seorang pemuda berusia 25 tahun ini nekad untuk mengubah penampilannya dari kurus menjadi sasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada istilah penat, berkhidmat tanpa had! Usaha wira-wira tak didendang tak pernah terhenti sepanjang Covid-19 melanda

Walaupun tak sehebat badan orang lain, namun Muhammad Iskandar Zulkarnain Zulfikat Ali berjaya menjadi sado setelah bertungkus lumus hampir lapan bulan.

“ Masa zaman sekolah lagi, kawan-kawan selalu cakap kau ni kurus sangatlah, sampaikan ada yang panggil ‘kepeng’, jadi bila mereka cakap macam tu saya terus rasa insecure.

“ Bila berdiri depan cermin, saya perhati badan terus rasa betul juga apa yang mereka cakap ni, dan dari situ saya terfikir untuk berjinak-jinak dengan sukan bina badan ni.



Tiada yang mustahil bagi Iskandar dalam usaha mengubah badanya menjadi sasa.

Meminati Sazali Samad sebagai tokoh ahli bina badan, Iskandar menjadikan atlet itu sebagai motivasi diri sepanjang tempoh tranformasinya.

Pemuda yang mempunyai kelulusan jurusan automotif di Universiti Kuala Lumpur (MFI) ini mengatakan perubahan berat badan dari 55 kilogram (kg) kepada 70kg bukanlah suatu perkara yang mudah kerana sejak kecil lagi dia berbadan kurus.

Kurus Sejak Kecil

“Saya kurus dari kecil lagi, memang badan susah nak gemuk. Makan banyak mana pun tetap sama, kalau dari segi kesihatan saya boleh dikatakan ada metabolisme yang tinggi.

“Dulu orang tengok saya kurus macam tak bermaya je, jadi saya buat perubahan sebab tak suka orang pandang saya macam tu, tambah lagi masa pakai baju saya tengok dekat cermin kenapa longgar, nampak tak elok.

“ Tapi bila tengok orang lain yang sado pakai baju, terus nampak fit dan terletak. Masa tu keinginan saya untuk bina badan ni bertambah, ” ujarnya yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur.

Perubahan itu turut dibantu oleh pakciknya yang memiliki sebuah pusat gimnasium dimana Iskandar diberi pendedahan dan ilmu mengenai bina badan sejak umur 16 tahun lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Kalah dalam pertandingan bukan bererti untuk dirinya cepat berputus asa.

Impian Berada Di Atas Pentas

Pada tahun 2019, Iskandar pernah memasuki pertandingan atlet badan cantik Mr Enrich bagi mencabar dirinya untuk ke peringkat yang lebih tinggi, di situ banyak perkara mengajar Iskandar agar lebih berusaha dan tidak mudah putus asa.

“ Saya memang pernah impikan untuk berada di atas pentas, nak rasa macam mana pengalaman bila berada dalam kalangan ahli bina badan, walaupun tak menang tapi saya tetap rasa teruja.

Malah kata Iskandar bukan mudah untuk mengekalkan tubuh badan seperti yang diinginkan, kebanyakan orang akan berhenti untuk bersenam dan jaga pemakanan apabila sudah berjaya.



Waktu pandemik tidak menghalang Iskandar untuk workout secara konsisten.

Berkongsi rahsia rutinnya, dia pernah makan hanya ayam, daging dan telur sehingga enam biji sehari bagi mendapatkan tubuh bentuk badan sasa.

“ Untuk bina badan ni bukan hanya bersedia dari segi fizikal, malah mental juga kita kena buat persediaan. Selain senaman dan jaga pemakanan, pengambilan supplement seperti protein, multivitamin amat penting untuk proses dapatkan tubuh seperti ini, ” katanya.

Sementara itu, Iskandar berkata bagi sesiapa yang ingin mula ceburi bidang ini perlu ada matlamat jelas. Ini kerana penting bagi seseorang itu untuk mengetahui apa yang mereka mahukan dan berapa lama tempoh yang diperlukan agar ianya tidak terhenti di separuh jalan.

Tambahnya, bagi sesiapa yang berkemampuan amat digalakkan untuk mengambil personal trainer, ini kerana ia bukan sahaja memberi tunjuk ajar malah ia akan membantu anda untuk pergi lebih jauh.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain