suria

CEO muda berjiwa besar... terkesan lihat kesusahan orang ramai ketika pandemik, Arman guna cokelat kumpul dana

Armand tidak kekok berada di dapur membantu menghasilkan pelbagai jenis manisan berasaskan cokelat.

PEMANDANGAN orang ramai yang beratur di luar masjid bulan lalu menunggu bantuan bekalan makanan telah menyentuh Armand Idrizam yang baharu berusia 11 tahun.

"Ramai orang yang habis bekalan makanan tetapi keluarga saya bernasib baik. Kami masih ada makanan untuk dimakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat yang betul, tidak harapkan pujian... graduan UiTM ini kongsi rahsia berjaya hafaz al-Quran dalam masa 40 hari!

"Situasi yang saya lihat itu membuatkan saya ingin lakukan sesuatu," katanya.

Meskipun masih kanak-kanak namun Armand sebenarnya sangat bijak dan matang berbanding usianya.

Malah dia sebenarnya adalah 'ketua pegawai eksekutif' Koko Loko iaitu sebuah syarikat makanan ringan berasaskan koko berpusat di bandar Kinarut yang perjalanannya kira-kira 40 minit dari Kota Kinabalu, Sabah.

Armand

Armand tampil dengan projek Share & Care Box untuk membantu golongan memerlukan.

Segala-galanya bermula pada Ogos tahun lalu ketika dia dan ahli keluarganya membuka kilang coklat mini di rumah mereka. Tanpa disangka lapan bulan kemudian dengan bantuan orang ramai, mereka berjaya mengembangkan perniagaan kepada sebuah kilang mini di sebuah lot komersial.

Produk yang dihasilkan Koko Loko termasuklah kacang mentega, cokelat berperisa, granola koko, cokelat untuk kek dan minuman, brownies dan pelbagai jenis kek.

Share & Care Box bantu bank makanan

Inisiatif terbaharu keluarga tersebut adalah Share & Care Box yang berharga RM220 yang mempunyai pelbagai cokelat dan daripada hasil jualannya kata Armand akan menyumbangkan 10 peratus kepada bank makanan di Masjid Kinarut yang terletak bersebelahan kilang mini Koko Loko.

"Jualan ini diadakan sepanjang Julai sempena Hari Cokelat Sedunia yang jatuh pada 7 Julai setiap tahun," katanya yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Gaya.

Selain itu, Armand juga mengadakan program di mana kanak-kanak yang tidak mampu membeli makanan ringan seperti cokelat boleh menukarnya dengan barangan kitar semula untuk mendapatkan cokelat percuma.

Ramai orang yang habis bekalan makanan tetapi keluarga saya bernasib baik. Kami masih ada makanan untuk dimakan.



ARMAND IDRIZAM

Ketika ditanya mengenai cita-citanya, Armand memberitahu dia mahu meneruskan perniagaan itu sehingga dewasa dan berharap Koko Loko setanding dengan jenama popular seperti Milo.

Buat masa ini katanya, dia berminat untuk mengadakan bengkel untuk kanak-kanak seusianya apabila keadaan pandemik sudah selamat.

Usaha anak sulung kepada ejen insurans dan pelatih ini juga telah mendapatkan perhatian kerana kesungguhannya sebagai seorang usahawan meskipun masih kanak-kanak.

Armand jual sosej sejak usia 6 tahun

Ibunya, Nina Othman berkata, Armand mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan dengan menjual sosej ketika usianya enam tahun.

Mengenai kilang cokelat mereka, Nina, 41, berkata, idea itu bermula ketika dia menjalankan program latihan pemerkasaan luar bandar di sebuah kampung.

175671056_279813376963038_1292641340949130364_n

Armand mahu menjadi usahawan sebenar apabila besar nanti.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Keluarga biasanya akan ikut jika saya bertugas di luar dan ketika itulah kami melawat sebuah perkampungan di Kota Belud yang banyak pokok koko yang tidak digunakan sepenuhnya.

"Armand ketika itu tertarik untuk melakukan sesuatu dengan koko dan sejak itu bermulalah Koko Loko," katanya yang mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Fahemm, 10 dan Julia, 6.

Pun begitu kata Nina, meskipun Armand mempunyai semangat keusahawanan yang sangat besar tetapi dia masih seorang kanak-kanak yang sukakan permainan video.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain