suria

Kenali saintis di sebalik penemuan AstraZeneca, Sarah Gilbert pernah pimpin penyelidikan vaksin Ebola, MERS

Sarah Gilbert mencipta sejarah apabila berjaya menghasilkan vaksin AstraZeneca.

PEMILIK nama Sarah Gilbert mungkin kedengaran asing kepada kita tetapi wanita ini merupakan saintis di sebalik penemuan vaksin AstraZeneca yang digunakan di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Sarah bukan sahaja seorang yang cemerlang dan berdedikasi dalam kerjayanya sebagai saintis tetapi sifat kemanusiaan yang dimilikinya membuatkan ramai terinspirasi dengan figura ini.

ARTIKEL BERKAITAN: CEO muda berjiwa besar... terkesan lihat kesusahan orang ramai ketika pandemik, Arman guna cokelat kumpul dana

Meskipun AstraZeneca digunakan secara meluas di seluruh dunia bagi melindungi masyarakat daripada wabak Covid-19 namun tidak banyak publisiti mengenai pasukan yang berjasa di sebalik proses penghasilan vaksin itu.

Namun nama Sarah Gilbert menjadi sebutan apabila sebuah video mengenai dirinya tular di media sosial dan ramai kagum dengan kebijaksanaannya selain tersentuh dengan inspirasi yang diberikan oleh Profesor Vaksinasi Universiti Oxford berkenaan.

AZ

AstraZeneca kini digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai vaksin wabak Covid-19.

Antara fakta mengenai Sarah yang membuatkan ramai kagum termasuklah;

1. Tolak paten vaksin

Sebagai individu yang mencipta vaksin yang sangat diperlukan ketika ini, Sarah sebenarnya boleh mengaut keuntungan yang banyak. Sebaliknya Sarah menolak mematenkan vaksin itu apatah lagi mendapatkan royalti atas usaha kerasnya.

"Saya tidak mahu mengambil hak paten penuh kerana mahu membahagikan keuntungan intelektual dan sesiapa pun boleh membuat vaksin mereka sendiri," katanya.

Sesuai dengan keinginan Sarah, AstraZeneca membuat persetujuan dengan Oxford untuk tidak mengambil keuntungan daripada vaksin itu.

Sarah 2

Sarah menolak mematenkan AstraZeneca dan ia membolehkan vaksin itu dijual pada harga murah.

2. AstraZeneca jauh lebih murah

Keputusan Sarah itu membuatkan harga AstraZeneca jauh lebih murah berbanding vaksin yang lain. Berdasarkan laporan BBC, kos penghasilan satu dos vaksin itu hanya AS$4 (RM16) berbanding dengan Modeerna atau Pfizer yang menelan kos puluhan dolar Amerika Syarikat.

Meskipun harganya yang murah namun keberkesanan AstraZeneca cukup tinggi iaitu sehingga 92 peratus termasuk dapat mencegah varian Delta yang dianggap paling berbahaya.

3. Memperkenalkan semua anggota penyelidik

Sarah memimpin pasukan penyelidik khusus untuk mempercepatkan proses pengembangan vaksin Covid-19 ketika wabak melanda tahun lalu.

Ketika mendapat penghargaan awam, Sarah turut memperkenalkan dan berterima kasih kepada pasukannya malah memperkenalkan mereka seorang demi seorang.

Sarah 5

Sarah pernah terlibat dalam banyak penyelidikan dan mencipta vaksin seperti Ebola dan MERS.

4. Dedikasi terhadap penyelidikan

Sebagai seorang saintis, Sarah sangat berdedikasi terhadap penyelidikan dengan memfokuskan kepada mengembangkan vaksin melawan influenza dan virus patogen.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sarah pernah menuntut dalam bidang biologi dari Universiti of East Anglia (UEA) pada 1988 dan melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah di Universiti Hull dengan memfokuskan terhadap kajian genetik dan biokimia Rhodosporidium toruloides.

Sepanjang kariernya, Sarah banyak melibatkan diri dalam menghasilkan pelbagai vaksin yang berbeza termasuk malaria dan MERS.

Sarah juga membangunkan Vaccitech iaitu sebuah perusahaan bioteknologi yang mengembangkan vaksin dan imunoterapi untuk pelbagai pernyakit berbahaya seperti kanser, hepatitis B, HPV dan kanser prostat.

5. Memimpin uji kaji vaksin ebola

Sarah sudah berpengalaman dalam menangani wabak bukan sahaja Covid-19 malah beliau sempat memimpin proses uji kaji pertama vaksin Ebola yang pernah menyerang penduduk Afrika pada 2014.

Sarah memainkan peranan sama ketika wabak MERS iaitu sindrom pernafasan akut yang sempat merebak di wilayah Timur Tengah.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain