suria

Pengasas Habib pernah bekerja di kantin, lalui banyak liku sebelum menjadi jenama terkenal di Malaysia

Gandingan bapa dan anak... Pengasas Habib, Datuk Habib Mohamed Abdul Latif dan anak lelakinya yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Meer Habib.

JIKA ingin membeli emas untuk koleksi peribadi atau melangsungkan pertunangan dan perkahwinan pasti fikiran kita terus tertumpu kepada jenama Habib.

Ia cukup sinonim dalam kalangan masyarakat Malaysia sekiranya ingin membeli barangan kemas selain berlian dan batu permata.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu bergelar guru... minat berniaga dorong buka pasar basah, mahu bantu usahawan kecil lebarkan bisnes

Di sebalik kejayaan yang terlakar oleh jenama itu, ramai tidak tahu tentang pelbagai kisah suka-duka dan jatuh bangun syarikat itu sebelum ini.

Sejarah jenama Habib bermula pada tahun 1958 apabila pengasasnya iaitu Datuk Habib Mohamed Abdul Latif membuka sebuah kedai peruncitan di Jalan Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang.

3. Founder, Datuk Haji Habib Mohamed Latif

Habib Mohamed Abdul Latif pernah bekerja di kantin pejabat pos Jalan Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang.

Pengasas Habib pernah kerja kantin

Kawasan itu sememangnya terkenal dengan deretan kedai barangan kemas yang menjadi tumpuan orang ramai sehingga digelar Jewellers’ Corner.

Habib seorang yang berpandangan jauh dan berani untuk tampil berbeza. Keadaan selepas perang dunia kedua begitu mencabar dan beliau memulakan kerjayanya dengan bekerja di kantin pejabat pos Jalan Masjid Kapitan Keling.

Melalui pemerhatiannya, kawasan ini dipenuhi dengan peniaga barangan kemas dan setiap pelanggan yang meninggalkan kedai pastinya diiringi senyuman kegembiraan.

Beliau sedar bahawa orang ramai membeli barangan kemas untuk meraikan sesuatu berita gembira ataupun menandakan satu detik istimewa dan sambutan hari bermakna.

6. First HABIB showroom at Pitt Street, Penang

Bilik pameran Habib pertama di Pulau Pinang.

Perkara ini telah mendorong beliau untuk membuka kedai barangan kemasnya sendiri. Menariknya, sementara peniaga barangan kemas yang lain sekadar menjual emas, namun Habib tampil dengan kelainan apabila menjual berlian dan batu permata.

Anak ikut jejak langkah, bilik pameran pertama di Semua House

Datuk Seri Meer Habib, satu-satunya anak lelaki pengasas Habib ini turut mewarisi minat yang sama. Sewaktu kecil, beliau amat teruja setiap kali melihat bapanya membuka peti besi dan sentiasa kagum dengan kilauan pelbagai warna berlian dan batu permata.

Perkara ini mempengaruhi beliau untuk belajar dan berazam untuk membantu menguruskan perniagaan bapanya.

Meskipun Habib dikenali sebagai pengasas jenama ini, namun Meer Habib yang memainkan peranan penting dalam menjadikan jenama itu dikenali ramai dan dipercayai untuk berada di peringkat yang tersendiri.

4. Dato Sri Meer Habib

Meer Habib mengikut jejak langkah bapanya dan meneruskan legasi Habib sehingga menjadi jenama terkenal di Malaysia.

Selepas tamat belajar, beliau mendapat ilham untuk membawa konsep peruncitan barangan kemas berikutan jurang permintaan yang tinggi dalam pasaran.

Pada ketika itu, rekaan untuk barangan kemas berlian untuk masyarakat Melayu adalah terhad dan permintaan begitu tinggi. Pelanggan inginkan pilihan untuk rantai labuh, kerongsang, butang baju Melayu yang tiada di pasaran pada masa itu.

Habib mula mengeluarkan pelbagai koleksi berlian dan batu permata dan menjadikan Habib sebagai peniaga barangan berlian dan batu permata ketika itu dan terus menjadi tumpuan peminat barangan berlian.

Perkara ini telah mendorong kepada pembukaan bilik pameran pertama Habib di Semua House, pada tahun 1986 dengan menawarkan perkhidmatan lebih peribadi dan dekat dengan pelanggan.

7. Semua House Showroom

Bilik pameran Habib di Semua House di Kuala Lumpur.

Bilik pamerannya diubah suai dengan konsep kedai emasnya yang lebih mesra pelanggan, tidak menggunakan jeriji logam seperti kebiasaannya.

Idea itu membuahkan hasil apabila pelanggan mula membanjiri bilik pameran Habib dan jenama itu terus melebarkan empayar peniagaan dengan membuka lebih banyak bilik pameran di serata Malaysia.

Meer Habib mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap kuasa pemasaran, baginya pemasaran adalah satu pelaburan yang mesti dilaksanakan sesebuah syarikat untuk kekal relevan.

Pada masa itu, Habib menjadi jenama barangan kemas pertama untuk bersiaran secara langsung di media elektronik; radio and televisyen, pengiklanan di atas pengangkutan awam dan papan iklan di lebuhraya.

Produk Klasik

Antara koleksi barangan kemas klasik keluaran Habib.

Pelbagai inisiatif diusahakan untuk meletakkan Habib ke tahap ini dan sejarah tercipta apabila Habib menjadi jenama barangan kemas yang pertama tersenarai dalam Bursa Malaysia sebelum kembali diswastakan pada tahun 2005.

Dapat kepercayaan jenama terkenal antarabangsa

Sentiasa peka dengan corak perubahan semasa serta citarasa pelanggan menjadikan Habib sentiasa selangkah di hadapan jenama-jenama lain.

Habib turut berjaya meraih kepercayaan daripada jenama antarabangsa untuk melebarkan sayapnya dengan menjual berlian Hearts On Fire dari Amerika Syarikat yang mempertaruhkan potongan berlian yang paling sempurna di dunia.

Selain itu, jenama barangan kemas eksklusif Stephen Webster dari London, Pandora dari Denmark, Les Georgettes by Altesse dari Perancis, TOUS dari Sepanyol serta pengedar tunggal jam tangan mewah mampu milik Ice- Watch dari Belgium.

12. HABIB at The Brand Laureate Awards

Meer Habib ketika menerima trofi di The Brand Laureate Awards.

Selain itu, Habib turut memperluaskan perniagaan dalam industri lain seperti penjualan barangan kemas mewah antik menerusi jenama Chantique, perkhidmatan pajak gadai Islam pertama yang menerima berlian, batu permata dan emas iaitu Ar-Rahnu Express, TimeZone, dan industri pertama diceburi selain barangan kemas iaitu Hotel Jewels yang terletak di Kota Bharu, Kelantan.

Fleksibiliti adalah sikap yang amat dititikberatkan oleh Meer Habib dan menjadi antara teras utama jenama ini dalam memberikan khidmat pelanggan yang terbaik di samping menawarkan barangan yang berkualiti tinggi.

Prinsip dan nilai-nilai murni yang diterapkan sejak dahulu lagi telah menjadi pemangkin kejayaan perniagaan milik keluarga ini.

Pepatah Inggeris ‘Jewellers are the tastemakers of the society’ yang membawa erti peniaga barangan kemas adalah pencipta rencah rasa masyarakat dan pepatah ini amat sinonim dengan Habib.

Habib HQ

Habib kini mempunyai 1,300 kaki tangan di 30 buah bilik pamerannya di seluruh Malaysia.

Pada tahun 2010 Habib tampil dengan koleksi emas Oro Italia 916®, iaitu satu koleksi emas yang eksklusif terdapat hanya di Habib.

Reka bentuk yang begitu unik dan baru serta berkualiti tinggi dibuat di Itali dengan unsur warisan budaya negara yang memenuhi citarasa rakyat Malaysia.

Koleksi Oro Italia 916 ini melalui proses penyelidikan & pembangunan yang teliti menitikberatkan kualiti, hasil kerja tangan yang halus. Sejak itu koleksi ini telah menjadikan perhiasan yang mesti ada bagi setiap peminat barangan emas.

Kini ada 1,300 pekerja, mula terokai platform digital

Kini, Habib diterajui Meer Habib selaku Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib bersama isterinya, Datin Seri Zarida Noordin selaku Pengarah Eksekutif Kumpulan Habib dengan 30 bilik pameran bersama lebih 1,300 pekerja di bawah Kumpulan itu di seluruh negara.

Produk Terbaharu

Antara koleksi terbaharu Habib.

Habib turut mempunyai program pelatih pengurusan (management trainee) yang tersendiri iaitu Graduate Excellence Management School (GEMS) yang mempertaruhkan bakat-bakat muda sebagai pelapis dalam peringkat pengurusan syarikat.

Setelah lebih enam dekad berlalu sebagai jenama warisan barangan kemas utama, Habib kini masih rancak dalam melebarkan sayap peniagaan melalui pelbagai platfom dan medium.

Meskipun menerima saingan hebat daripada jenama barangan kemas tempatan dan antarabangsa, HABIB sentiasa terus mengutamakan pelanggan dalam segala urusan.

Menyanjung tinggi slogan ‘Gift of Happiness’ yang membawa erti hadiah kebahagiaan, kepuasan dan kebahagiaan pelanggan adalah kunci utama Habib.

Usaha berterusan dalam memperbaiki mutu perkhidmatan terutamanya ketika pandemik Covid-19 yang berlaku ini telah mencetuskan gelombang digitalisasi.

Habib pantas meluaskan penawaran perkhidmatan ke arah platfom digital seperti melalui pelancaran e-store yang tersendiri di www.habibjewels.com.

Tiada siapa yang menyangka kini orang ramai boleh membeli barangan kemas melalui atas talian dengan selamat dan penghantaran yang pantas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain