suria

Sofia Jirau cipta sejarah bergelar model down syndrome pertama Victoria's Secret

Sofia merupakan model down syndrome pertama Victoria's Secret.

VICTORIA'S Secret kembali membuktikan komitmennya sebagai jenama yang inklusif untuk semua wanita.

Terbaharu, jenama itu memperkenalkan model yang juga orang kelainan upaya (OKU) down syndrome sebagai bintang terbaharu mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ini bakal daki Gunung Everest, mahu jadi OKU pertama negara kibar Jalur Gemilang di puncak

ARTIKEL BERKAITAN: Status OKU tak halang Latif Romly kejar impian, ini 15 fakta menarik atlet paralimpik negara bergelar Datuk!

Wanita dikenali sebagai Sofia Jirau berasal dari Puerto Rico itu mencatat sejarah sebagai OKU pertama yang memperagakan koleksi pakaian dalam Victoria's Secret.

Bersama 17 model lain, kempen terbaharu itu mempromosikan koleksi yang diberi nama Love Cloud dan ia turut membariskan model terkemuka termasuk Hailey Bieber, Adut Akech, Valentina Sampaio dan Paloma Elsesser.

Iklan bersempena kempen itu juga turut dilancarkan pada 14 Februari lalu dan Sofia turut berkongsi foto dan video dirinya memperagakan pakaian dalam jenama terkenal tersebut.

pjimage-53

Sofia mula bergiat aktif sebagai model sejak 2019.

"Dulu saya hanya boleh bermimpi dapat berdiri sebaris dengan model-model terkenal dunia tetapi syukur kerja keras saya selama ini akhirnya menjadi kenyataan.

"Saya mampu memberitahu seluruh dunia bahawa saya adalah model pertama down syndrome Victoria's Secret," katanya.

Sofia, 25, memberitahu apa yang dimilikinya sekarang adalah berkat usaha dan kerja keras selain cuba membuktikan bahawa kekurangan diri bukan penghalang untuk seseorang berjaya.

Wanita berdarah Latin ini sebenarnya sudah bergiat aktif sebagai model fesyen sejak 2019 dan pernah terlibat sebagai peragawati untuk pelbagai jenama antarabangsa.

Sofia juga pernah menyertai Minggu Fesyen New York pada 2020.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain