suria

Perempuan ‘reject’ gara-gara terlalu kurus, jejaka ini nekad perbaiki fizikal diri... “Dia cakap nak peluk pun rasa kayu”

Fahmi jadikan kata-kata hinaan sebagai pembakar semangat untuk mengubah fizikal diri.

AKU yang dulu bukanlah yang sekarang.

Mungkin itulah frasa paling tepat untuk menggambarkan transformasi fizikal yang dilalui jejaka berusia 23 tahun ini.

Penagih dadah?

Beberapa tahun lalu, Fahmi Shah atau Apek pernah digelar papan, ikan bilis dan keding kerana tubuhnya yang kurus, namun dia kini berjaya mengubah dirinya dengan usaha berterusan sejak tahun 2018.

"Sejak kecil saya kurus. Dengan metabolisme yang tinggi, makan macam mana pun tetap kurus juga. Ketika zaman belajar, saya pernah ada crush dekat seorang rakan sekelas.

kid2

Fahmi pernah diberi pelbagai gelaran kerana tubuhnya yang terlalu kurus.

"Secara bergurau, dia cakap tak nak lelaki kurus macam saya, nak peluk pun rasa kayu. Saya rasa agak sedih walaupun dia bergurau. Bukan dia seorang je, ada juga orang lain yang bergurau benda sama.

"Mereka kata, kalau kurus apa je yang saya boleh buat? Orang kurus dianggap lemah dan tiada keyakinan diri. Jadi benda tu semua yang memberi motivasi untuk saya berubah.

"Disebabkan terlalu kurus, mak saya sendiri pernah cakap saya hisap dadah. Dia tanya kenapa saya kurus sangat, ambil dadah ke? Sedangkan saya memang semula jadi kurus," dedahnya.

Hinaan jadi pembakar semangat

Enggan ambil pusing dengan kata-kata itu, Fahmi yang mempunyai berat badan sekitar 47 kilogram (kg) pada tahun 2018 terus mengorak langkah untuk memperbaiki fizikal dirinya dan kini selesa dengan berat badan 70 kg.

Menurut graduan bidang Fesyen dari Politeknik Pasir Gudang, Johor itu, dia bersyukur apabila usahanya membuahkan hasil sehingga ia turut disedari insan-insan sekeliling yang pernah melemparkan kata-kata negatif terhadapnya.

kid4

Fahmi terpaksa makan tujuh kali sehari dalam proses menambah berat badannya beberapa tahun lalu.

"Sebenarnya saya nak berterima kasih kepada orang yang hina dulu. Itu semua yang menjadikan siapa saya hari ni. Saya memulakan journey fitness ketika semester tiga pengajian, pada tahun 2018.

"Pada waktu itu, saya main gim sebab ada kawan. Dia yang teman saya. Dengan pengetahuan yang kosong, dia banyak beri tunjuk ajar dan motivasi. Dalam sebulan pertama tak ada hasil, memang ada rasa nak putus asa.

"Dengan tunjuk ajar dan usaha keras, akhirnya saya boleh nampak hasil. Dalam lima ke enam bulan, orang yang pernah hina saya pun perasan badan saya dah lain, mereka pelik saya dah berisi," ujarnya yang aktif berkongsi video fitness menerusi TikTok.

Makan, tidur, gim

Dedah Fahmi, dia terpaksa makan tujuh kali sehari untuk menaikkan berat badan, malah usaha itu turut disulami dengan tidur mencukupi serta senaman berterusan di gim sebanyak lima kali seminggu.

"Bagi saya, kunci utama untuk naikkan badan ialah makan. Kedua, kena cukup rehat dan ketiga baru gim. Masa mula-mula dulu, saya makan macam biasa, tiga kali sehari. Dah sebulan buat badan tapi tak ada hasil.

kid3

Fahmi biasanya akan bersenam di gim sebanyak lima kali seminggu.

"Saya tanya kawan, dia kata tak cukup tiga kali sehari. Dia kata kena makan tujuh kali sehari. Awal-awal memang nak muntah tapi saya paksa juga. Kiranya setiap dua jam makan nasi.

"Kalau tak cukup baru top up dengan protein shake. Selain itu, saya kena jaga tidur bagi cukup lapan jam sehari. Saya juga pergi gim seminggu lima kali. Kadang-kadang main futsal juga," ujarnya lagi.

5 kunci kejayaan

Penyunting video yang turut bekerja secara sambilan sebagai juralatih kecergasan itu turut berkongsi lima kunci utama dalam perjalanan transformasi fizikalnya.

"Rule pertama jangan mengalah. Kalau dulu saya mengalah, mungkin saya tak dapat badan yang sekarang. Rule kedua, tinggalkan toxic cirlce dan bergerak sendiri. Buktikan pada mereka. Kalau saya stay, mesti akan patah semangat dengan kata-kata mereka.

kid5

Antara perkongsian Fahmi menerusi TikTok.

"Rule ketiga, your biggest fear is yourself. Selain kata-kata orang, saya juga pernah kena tinggal dengan bekas kekasih, dia tinggal sebab saya kurus kot. Jadi benda tu trigger saya.

"Saya lawan diri untuk lupa benda tu. Saya main gim dalam keadaan marah dan sedih. Tapi akhirnya ia membuahkan hasil.

"Rule keempat, kena kawal mindset dan rule kelima, usaha tangga kejayaan. Konsisten merupakan kunci utama. Ada hari rasa down tapi saya tetap pergi gim," dedahnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain