suria

Nelysa Norazlan tak sabar nak buat ‘open house’... Teruja masak kari ikan mayong untuk suami di pagi Aidilfitri

Nelysa dan suaminya bakal menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur.

PERTAMA kali menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan status sebagai seorang isteri, sudah semestinya ia merupakan pengalaman baharu buat TikToker popular yang juga usahawan muda, Nelysa Norazlan.

Meskipun sudah lama mengenali hati budi sebelum sah diijabkabulkan dengan suami, Muhammad Multazam, pada penghujung November tahun lalu, namun fasa baharu yang ditempuhi dalam tempoh lima bulan sejak kebelakangan ini ternyata berbeza buat wanita ini.

Berkongsi cerita mengenai sambutan Ramadan selepas bergelar isteri, Nelysa atau mesra disapa sebagai Nely berkata, dia dan suami banyak menghabiskan masa berbuka puasa di rumah berbanding di luar.

Nely 2

Pasangan ini diijabkabulkan pada November lalu.

"Saya sememangnya dah biasa memasak, jadi kami selalu berbuka di rumah. Sejujurnya saya lebih suka memasak sendiri dan berbuka dekat rumah. Namun ada juga ketikanya kami berbuka di luar untuk memenuhi undangan.

"Ramadan kali ini meriah sebab ada pertambahan ahli keluarga baru. Selalunya kalau berbuka ada ibu, ayah dan saya je. Sekarang suami ada sekali.

"Mengenai bertarawih pula, suami memang ke masjid untuk bertarawih berjemaah... saya ada kalanya tak dapat ikut bersama kerana kekangan tugas. Hanya bertarawih di rumah saja... lagipun lebih afdal wanita bertarawih di rumah," ujar Nely kepada mStar.

nely 3

Nelysa baru-baru ini melancarkan produk lip matte 'Nely'.

Mengenai sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi, Nely dan suami bakal meraikannya bersama ibu bapa di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak dedah adik hidap sindrom 'cri du chat', kopek muka sampai berdarah tanda protes, bosan -“Janganlah tenung anak istimewa macam raksasa”

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja bertukar sengsara! Gadis tergolek di pasar raya ketika sepupu rekod IG Story... rupa-rupanya ada bagusnya jatuh masa PKP!

"Rumah ibu bapa saya dan mentua dekat saja. Jadi tak ada isu balik kampung atau bergilir," ujar wanita berusia 20an ini.

Tambahnya, persiapan lain seperti baju raya juga sudah disediakan iaitu rona biru sedondon dengan suaminya.

"Biskut raya tak sempat buat... beli sahaja untuk tahun ini. Saya agak sibuk dengan pelancaran produk sendiri iaitu lip matte Nely. Alhamdulillah, dapat sambutan hangat sampai habis stok. InsyaAllah akan restock semula selepas raya.

Rindu sangat nak berjumpa dan berkumpul dengan saudara mara dan kawan-kawan. Iyalah, sebelum ini tertangguh sebab Covid-19.

NELYSA NORAZLAN

SELEBRITI MEDIA SOSIAL

"Tapi juadah hari raya, saya akan turun dapur dengan ibu. Juadah wajib setiap kali raya semestinya rendang daging dan kari ikan mayong.

"Perkara paling tak sabar sekali adalah nak buat rumah terbuka. Rindu sangat nak berjumpa dan berkumpul dengan saudara mara dan kawan-kawan. Iyalah, sebelum ini tertangguh sebab Covid-19.

"Tahun ini rezeki keluarga semua ada di Kuala Lumpur, jadi boleh beraya sama. Masa inilah nak eratkan silaturrahim antara keluarga saya dan keluarga mentua," katanya yang bakal bercuti selama seminggu sempena Aidilfitri.

Dalam pada itu, Nely sempat menitipkan pesanan kepada para pengikutnya khususnya mereka yang pulang ke kampung.

nely 4

'Nely' merupakan buah tangan pertama dari Nelysa.

"Kepada yang memandu balik ke kampung, hati-hati... pandulah dengan cermat agar tiba ke destinasi selamat. Apabila pulang kampung tu, gunakan masa sebaiknya untuk mengeratkan silaturrahim dengan keluarga.

"Bagi yang tak dapat cuti tu, jangan bersedih... selepas dapat peluang bercuti nanti, pulanglah dengan selamat.

"Dan jangan lupa, dalam seronok beraya, jangan kita lupakan adab. Contohnya, pertikai jumlah duit raya yang diberi. Kalau dah diberi, sepatutnya terima dengan hati yang bersyukur," akhirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain