suria

Bakal peguam beli bunga untuk diri sendiri, sejak itu pengikut naik mencanak! Lega bos faham dunia influencer

Laila mula dikenali di TikTok kerana sering berkongsi pendapat dan ilmu.

DISEBALIK senyuman cantik yang terukir dalam setiap video, siapa sangka wanita ini bakal bergelar peguam.

Tun Laila Tun Rafaee, 25, semakin popular di media sosial sehingga kini memiliki lebih 325,000 pengikut di TikTok sejak mula aktif pada September 2022.

Dia yang merupakan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, berkata dia sendiri tidak menyangka bahawa ramai orang di luar sana berminat dengan kandungan (content) yang dikongsi.

“Sekarang saya belum secara rasminya jadi peguam. Tempoh 'chambering' sembilan bulan saya dah tamat tapi masih ada paper (ujian) belum selesai. Buat masa sekarang saya bekerja sebagai 'paralegal' sementara menunggu 'longcall' (perintah dari mahkamah diterima masuk dan didaftarkan sebagai peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya).

“Saya mula dikenali di TikTok sejak tahun lepas. Masa tu baru habis kes dadah dekat Mahkamah Majistret Shah Alam. Saya dapat kes paling rendah untuk anak guam. Masa nak balik pejabat lalu depan UiTM saya ternampak orang jual bunga konvokesyen.

“Jadi saya pun beli untuk reward diri sendiri sebab sudah lakukan kerja baik dekat mahkamah. Saya pula tak private akaun TikTok, terus ramai orang mula follow. Pengikut saya dari 200 jadi 100,000 dalam masa 24 hari,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Menurut Laila yang menetap di Selangor, bidang guaman diceburi merupakan pilihannya sendiri untuk dijadikan sebagai kerjaya.

Laila berasal dari Miri, Sarawak.

Malah, segala perkongsiannya di TikTok mendapat sambutan orang ramai sehingga dia kini bergelar seorang pempengaruh (influencer) yang mula menerima reviu berbayar daripada beberapa jenama besar di Malaysia.

Walaupun terpaksa membahagikan masa dalam kerjaya dan content creator, Laila bersyukur apabila majikan dan orang ramai memahami skop kerjanya yang berbeza ini.

“Law (peraturan) memang sudah ada dalam kehidupan kita. Saya pilih kerjaya sebagai peguam atas dasar minat. Saya nak tahu apa boleh dan tak boleh lakukan. Jadi peguam ni banyak benda saya belajar. Dari hak sendiri sampailah orang lain.

“Perkongsian di TikTok membuatkan ramai orang berminat untuk follow saya. Saya suka bercerita mengenai law, kerja sebagai peguam, kehidupan seharian dan pendapat tentang isu-isu semasa berbangkit.

WhatsApp Image 2023-06-14 at 7.37.12 AM

Wanita ini mula dikenali di TikTok sejak September 2022.

“Saya pun banyak terima reviu beberapa brand seperti Coffee Bean, Sport Direct dan Secret Recipe. Walaupun sukar nak kekalkan kehidupan sebagai peguam juga influencer tapi saya bersyukur majikan faham ‘double life’ saya. Tambah pula dia merupakan idola yang banyak sokong apa saya lakukan,” ujarnya yang berasal dari Miri, Sarawak.

Laila yang minatnya cenderung terhadap undang-undang berkaitan jenayah menjelaskan, stigma terhadap peguam bahawa mereka tiada kawan adalah sama sekali tidak betul.

Kes tu memang susah sebab jadi viral. Semua orang nak jadi ‘peguam, saksi dan hakim’.

TUN LAILA

Anak ketujuh daripada lapan adik beradik ini juga menitipkan pesanan kepada pengikut serta orang ramai yang berminat untuk mengikut jejak langkahnya.

“Tanggapan yang peguam tak ada kawan sebab tak boleh bersosial itu tak tepat. Yang tak boleh bersosial tu hakim. Kalau peguam boleh berkawan macam biasa sebab kawan-kawan juga yang akan minta tolong sekiranya ada kes ‘sangkut’ dekat mahkamah.

Laila merupakan anak ketujuh dalam adik beradik.

“Sepanjang saya terlibat dalam kerjaya ni, ada satu kes jenayah besar melibatkan pelbagai pihak saya handle. Kes tu memang susah sebab jadi viral. Semua orang nak jadi ‘peguam, saksi dan hakim’. Jadi memang terkesan kerja-kerja orang yang betul kendalikan kes.

“Nasihat saya, jangan pedulikan apa orang nak cakap tentang anda. Yang penting jangan kacau orang lain. Jangan kutuk diri sendiri sebab macam mana anda cakap dengan diri sendiri itulah yang mengajar macam mana orang nak bercakap dengan anda.

"Hormat diri anda kalau mahu dihormati. Always find one reason to be happy everyday even if it means you get to drink your Milo ice today,” ujarnya menutup kisah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTub

Artikel Lain