SEORANG bapa tidak selama-lamanya akan berada di sisi kita. Wajarlah apabila seseorang yang bergelar bapa mempersiapkan anak mereka dengan segala macam ilmu dan kemahiran untuk kesenangan hidup pada masa hadapan. Begitulah yang cuba dilakukan Muhamad Azraei Abdul Manan, 37, terhadap tiga anak perempuan dengan mengajar seni mempertahankan diri (martial arts), khususnya anak sulungnya, Humaira Aisyah yang berusia enam tahun. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Ketika dihubungi mStar, Azraei berkata dia memilih aktiviti lasak dan mencabar untuk diceburi anaknya kerana sukan ini sudah menjadi kemahirannya sejak dulu lagi. "Saya mula ajar Aisyah seni pertahankan diri sejak dia berusia dua tahun lagi. "Pada awalnya saya ajar sebab nak elakkan anak bermain telefon bimbit dengan aktiviti bersukan. ARTIKEL BERKAITAN: Dalam gelanggang bukan main garang, peninju Muay Thai ini rupanya takut jarum! “Sedar-sedar, kawan dah tolak atas kerusi roda” ARTIKEL BERKAITAN: Awas, si comel garang di gelanggang! Fighter Muay Thai raih hadiah lumayan di Thailand, lawan rebah dalam 16 saat "Sekarang ni saya ajar dia untuk berlatih muay thai dan karate. Saya tak fokus mana-mana sukan spesifik," katanya. Bercerita mengenai rutin atau jadual latihan, Azraei yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan berkata mengambil masa 30 minit sehingga satu jam setiap hari. Dalam perkongsian video-video di TikTok, kelihatan Aisyah bertahan dan terus berlatih walaupun kerap kali menangis sewaktu sesi latihan berlangsung. Aisyah dilatih untuk mahir seni pertahankan diri oleh bapanya sendiri. Ceritanya lagi yang mempunyai studio dan kelengkapan latihan di rumah, Aisyah memenangi tempat kedua bagi acara Pertandingan Silat Peringkat Kebangsaan di Paroi, Negeri Sembilan pada 23 Januari lalu. "Setiap minggu saya akan minta dia berlari untuk stamina. Selain larian berjarak dua kilometer, saya akan ajar dia latihan martial arts lebih kurang satu jam. "Saya tidak hanya fokus training untuk Aisyah saja, adik-adiknya lagi dua orang pun saya ada beri latihan cuma jarang rakam dalam video. Aisyah (kiri) memenangi tempat kedua bagi acara Pertandingan Silat Peringkat Kebangsaan di Paroi. "Mula-mula dulu saya rekod dan simpan dalam channel YouTube sebagai kenangan. Saya jadikan koleksi video membesarkan anak-anak. Apabila wujudnya TikTok, saya mula buat hantaran video di platform sana pula," ujarnya lagi yang kini menetap di Cherating, Pahang. Menerusi perkongsian video-video, dapat dilihat anaknya tetap berlatih walaupun terdapat selingan video menunjukkan Aisyah beberapa kali menangis ketika sesi latihan. Ada juga yang komen kenapa paksa kalau anak tak suka. Jawapan saya, mudah saja... saya nak tengok dia berjaya. MUHAMAD AZRAEI Malah, ramai dalam kalangan warga maya memuji sikap si bapa yang mengambil langkah awal melatih anaknya dengan kemahiran mempertahankan diri sejak kecil. "Walaupun ramai berminat nak hantar anak mereka dekat saya, tapi saya tak terima sebab tak ada buka kelas. Saya sendiri pun masih aktif bersukan berlari dan training muay thai. Ahli keluarga Azraei. "Tujuan saya cuma nak isi masa lapang dengan anak-anak saja sambil dapat menguatkan fizikal dan mental. Kalau Aisyah menangis pun saya akan pujuk dengan beri kata-kata semangat, gosok tangan sambil peluk dia. "Ada juga yang komen kenapa paksa kalau anak tak suka. Jawapan saya, mudah saja... saya nak tengok dia berjaya. Adakah kalau anak tak suka pergi sekolah, kita jangan paksa bersekolah? Macam itulah perumpamaannya," ujarnya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!