BERSENAM sambil memakai pakaian sunnah membuatkan anak muda dari Kulai, Johor ini menjadi perhatian ramai. Disebabkan itu, dia memiliki lebih 123,000 pengikut di halaman TikTok. Bercerita kepada mStar, Muhammad Shahrain Abdul Ghani berkata, tujuan dia menghasilkan kandungan vídeo seumpama itu adalah untuk menarik minat golongan muda agar menjadikan pakaian sunnah seperti jubah sebagai kegunaan harian termasuk ketika beriadah dan bersenam. “Saya ikut contoh Nabi Muhammad SAW, pada masa sama mahu memaklumkan kepada orang ramai yang pakaian sunnah boleh digunakan untuk beriadah mahupun bersukan dan bukan semata-mata ibadah. Kalistenik dilakukan sejak usianya 21 tahun. “Jadi saya nak anak muda follow ikutan yang baik ini,” katanya yang mula menjalankan dakwah secara tidak langsung bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas. Menekankan konsep dakwah hipster, dia yang lebih dikenali sebagai Rain Ironfly menjadikan sukan kalistenik sebagai asas penyebaran ilmu agama. Ia selali gus mencapai sasarannya yang mahu mengajak golongan muda untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama selain menggunakan zikir sebagai ‘nyanyian’ ketika beriadah. “Saya berdakwah bermula PKP 2022. Saya keluar dua tiga hari ikut tabligh untuk berdakwah sambil buat sukan kalistenik ini,” ujarnya yang berusia 31 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: “Masa tu saya tiada ilmu penyusuan” - Guru Kimia tukar kerjaya, jadi kaunselor susu ibu selepas kehilangan anak usia 3 minggu Berkongsi pengalaman tentang olahraga kalistenik yang dilakukan, anak bongsu daripada lima beradik ini berkata, dia mula terjebak ketika berusia 21 tahun. “Saya terjebak disebabkan satu video dari luar negara yang buat badan tanpa guna alatan gym. “Mereka sebaliknya bergantung kepada berat badan semata-mata... keunikan itu mendorong saya melakukan pencarian di YouTube. “Panggilan Rain Iron Fly pun diperoleh daripada aktiviti kalistenik ini kerana saya suka ‘terbang’ di palang besi,” ceritanya yang berkhidmat di Majlis Perbandaran Kulai. Mengetengahkannya di TikTok sambil menggunakan selawat dan zikir sebagai muzik latar, dia yang mesra disapa Rain sentiasa mendapat maklum balas positif daripada pengikut serta pelayar media sosial. Kapten Jo (kiri) merupakan rakan yang mengajaknya 'berhijrah'. Bukan itu sahaja, kebanyakan mereka turut berselawat semasa bersukan kerana teruja melihat sukan ini yang jaramg dilakukan di Malaysia. Menjelaskan tentang aktiviti dakwahnya, Rain memaklumkan ia dilakukan bersama tabligh selepas penghijrahannya pada 2022. “Saya sekolah aliran biasa tapi baru sahaja berhijrah daripada kehidupan gelap dahulu. Sebelum ini, saya bukanlah orang yang buat kerja agama dan lebih bersosial. “Kawan-kawan pula adalah yang ekstreme sosial, saya juga pernah jadi instruktor gym dan semasa PKP tu ada berlaku jatuh bangun sehinggalah kawan bernama Kapten Jo ‘menarik’ saya berhijrah serta mengenal agama. “Walaupun menjalani kehidupan baru, saya masih tak tinggalkan senaman yang saya lakukan ini sekali gus menjadikannya asas dakwah,” luahnya yang berkawan selama 10 tahun dengan Kapten Jo. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube