suria

Wakil Malaysia dinobat Miss Globe 2023, turut raih gelaran Miss Talent

Manvin yang mewakili Malaysia dinobatkan sebagai Miss Globe 2023 yang berlangsung di Albania, Jumaat.

DETIK bersejarah terlakar apabila Manvin Khera muncul sebagai wakil Malaysia pertama dinobatkan sebagai Miss Globe 2023.

Pertandingan ratu cantik antarabangsa yang berprestij itu menyaksikan kejayaan wanita berusia 22 itu mengatasi 50 pesaing lain di Sports Palace di Durrës, Albania pada Jumaat.

Kemenangan Manvin yang berasal dari Kuala Lumpur itu bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi turut menandakan satu peristiwa penting bagi Malaysia di peringkat global.

Manvin menambat hati juri sejak awal pertandingan, ketika pusingan memperagakan baju renang sehingga akhirnya merangkul mahkota dan menndapat gelaran Miss Talent.

Manvin dinobatkan sebagai Miss Globe 2023.

Catwalk Manvin yang sempurna dan ekspresif dalam memperagakan pelbagai pakaian menyumbang kepada kejayaannya.

Selepas layak ke peringkat Top 15 dan Top 5, Manvin berjaya menyerlahkan kepintarannya ketika sesi soal jawab yang mana dia ditanya tentang pengajaran ketika zaman kanak-kanak yang memberi kesan dalam kehidupannya sehingga hari ini.

Penonton dan peminat ternyata sama-sama terpikat dengan kecantikan, keanggunan dan keyakinannya, sekali gus menjadikan detik kemahkotaannya lebih diingati.

Sebelum dinobatkan sebagai Miss Globe 2023, Manvin yang berbakat dan serba boleh ini menceburi dunia fesyen dan hiburan.

Antara pertandingan yang disertainya sebelum ini termasuklah Ratu Wanita Malaya 2022, di mana dia bersaing dengan 17 calon lain di Evolve Concept Mall di Petaling Jaya, Selangor, pada 8 Oktober 2022.

Penglibatan Manvin di peringkat antarabangsa dalam persada fesyen semakin mantap apabila dia beralan di pentas pada peringkat akhir Minggu Fesyen Thailand di Bangkok pada 30 November 2022, mempamerkan rekaan Joyce Penas Pilarsky.

Wanita berasal dari Kuala Lumpur ini terlibat dalam pertunjukan fesyen peringkat Malaysia dan antarabangsa sebelum ini.

Dia teus mengumpul koleksi gelaran apabila menerima anugerah fesyen antarabangsa pada Minggu Fesyen Antarabangsa Bali di Bali, Indonesia, pada 2 Jun 2023.

Pada Ogos tahun ini Manvin memperagakan fesyen ketika Rizman Ruzaini Cruise 2023 semasa Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KL Fashion Week) di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Pertandingan ini adalah sangat sengit, dengan jelitawan dari seluruh dunia bersaing untuk merebut gelaran yang diidamkan.

Katia Agbodo Rodriguez dari Sepanyol menjadi naib juara, disusuli Anna Valencia Lakrini dari Filipina, Duru Esther Chidera dari Nigeria, dan Kirstin Yvonne Bangs dari Amerika Syarikat. -Citizen Journals

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain