STATUS orang kelainan upaya (OKU) bukanlah alasan untuk pemuda ini mencari rezeki sendiri walaupun sepenuhnya menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Selain menjual makanan kucing dan gula-gula kapas, Muhamad Fakhruddin Mohamed Akbar, 35, juga menjual burger jalanan jenama GTR Burger di Maluri, Cheras, Kuala Lumpur sejak 11 Julai lalu. Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Faka berkata keinginannya untuk bergelar usahawan kini menjadi nyata apabila menerima dana daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Faka membuka gerai tanpa bantuan orang lain. "Saya memang dah lama teringin nak buka perniagaan burger sendiri sebelum ni. Jadi saya hubungi pengasasnya dan jelaskan hasrat nak berniaga dekat dia. "Dia pun beritahu saya cara-cara nak dapatkan bantuan zakat bagi memulakan perniagaan. Saya syukur sangat impian nak ada perniagaan sendiri akhirnya tercapai. "Gerai ni memang direka khas untuk saya kendalikan perniagaan burger jalanan. Sesuai dengan pergerakan menggunakan kerusi roda untuk buka dan tutup kedai sendiri bermula pukul 6 petang sampai 1 pagi setiap hari," jelasnya. Tapi kekurangan diri ni tak mematahkan semangat saya. Bagi saya, hidup ni keras tapi putus asa itu 'haram'. MUHAMMAD FAKHRUDDIN Siapa sangka, ketekunan lelaki ini menguruskan perniagaan mendapat perhatian orang ramai yang melihat satu posting pelanggan yang tular baru-baru ini. Tidak mahu terlepas peluang, anak keempat daripada 11 adik beradik ini melakukan amal kebajikan sebagai peniaga untuk berbakti kepada orang ramai. "Sejak mula berniaga ni, sales (jualan) okay saja. Biasalah kalau hari hujan orang tak ramai membeli. Tapi setiap hari saya boleh dapatkan lebih kurang RM100 keuntungan berniaga. Lelaki ini memberi 10 burger percuma kepada pelanggan OKU dan asnaf. "Memandangkan sekarang orang ramai pun mula ada kesedaran tentang isu boikot produk berkaitan dengan Israel, saya sendiri boleh nampak pelanggan mula mencari dan support burger jalanan termasuklah burger saya. "Saya pun gunakan peluang selepas viral ni untuk buat sales. Sebagai menghargai sokongan orang ramai juga, setiap kali berniaga saya akan berikan 10 burger percuma kepada golongan OKU dan asnaf," jelas Faka. Menceritakan mengenai sejarah hitam hidupnya sebagai pemegang kad OKU, Faka yang berasal dari Kuantan, Pahang berkata dia terjatuh dari sebuah bangunan sewaktu bekerja pada usia 19 tahun. Namun, musibah yang menimpa dirinya ini tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari rezeki halal walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Faka sentiasa menemani isteri sebagai tanda sokongan terhaap minatnya dalam bidang solekan. "Waktu muda dulu saya tergelincir dan terjatuh dari bangunan tingkat enam dan mengalami lumpuh dari pinggang sampai ke kaki. Jadi dua-dua kaki sudah tidak lagi boleh guna. Saya drive kereta pun guna tangan saja. "Tapi kekurangan diri ni tak mematahkan semangat saya. Bagi saya, hidup ni keras tapi putus asa itu 'haram'. Nak tak nak kita tetap kena teruskan. "Saya pun sudah mula banyak buat video TikTok untuk bagi kesedaran dekat orang ramai terutama golongan OKU yang kita pun boleh berjaya macam orang lain," katanya lagi. Berkongsi serba ringkas mengenai kehidupannya lagi, Faka mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihan hatinya, Norhanisah Abdullah, 39 yang berstatus OKU sejak lahir. Faka dan Hanisah menjadi model untuk beberapa jenama pakaian. Sepanjang tempoh melayari bahtera perkahwinan sembilan tahun lalu, pasangan yang menetap di Setapak ini dikurniakan dua cahaya mata. "Isteri saya pun berkerusi roda juga. Dari kecil lagi doktor diagnosis dia ada penyakit osteoporosis imperfecta. Seperti saya, semangat dia juga kuat untuk bekerja mencari duit sara keluarga. "Dia buat servis mekap untuk sebarang majlis khas. Sebagai suami saya sentiasa beri sokongan dengan menemani dia kalau ada job mekap apabila menerima jemputan. "Saya bersyukur sangat berkat kesabaran dan kegigihan kami membuatkan rezeki keluarga tak putus-putus. Sampaikan kami pernah dijemput oleh beberapa pereka fesyen jenama pakaian dan kasut untuk menggayakan barangan mereka sebagai model," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube