KHABAR mengenai pernikahan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah yang bakal berlangsung pada 11 Januari 2024 kecoh diperkatakan sejak ia diumumkan pada Sabtu malam. Malah, ramai netizen tertanya-tanya tentang gerangan wanita yang menjadi pilihan anakanda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah itu. Berikut mStar kongsikan 12 trivia mengenai bakal isteri Putera Mateen iaitu Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam. Kecantikan bakal isteri Putera Mateen jadi bualan ramai. 1. Dayang Anisha turut dikenali dengan nama Anisha Isa Kalebic. 3. Dayang Anisha ialah cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei iaitu Pehin Datuk Isa. 4. Dayang Anisha merupakan lulusan sebuah universiti di England. Kisah cinta pasangan ini mula dihidu sejak tahun 2018. 5. Dayang Anisha mempunyai sebuah perniagaan berkaitan fesyen, dikenali sebagai Silk Collective. 6. Dia turut memulakan perniagaan pelancongan bernama Authentirary bersama rakan baiknya. Netizen memuji rupa paras abang kepada Dayang Anisha iaitu Danial Deen Isa Kalebic. 7. Instagram Dayang Anisha ditetapkan dalam mode privasi dan hanya boleh diakses mereka yang terdekat dengannya. ARTIKEL BERKAITAN: “Hari patah hati antarabangsa” - Ramai terkejut Putera Mateen nak kahwin Januari tahun depan, istiadat berlangsung 8 hari 8. Khabar angin tentang hubungan cinta Putera Mateen dengan Dayang Anisha mula bertebaran sejak tahun 2018. 9. Foto Putera Mateen ketika dia menghadiri sebuah acara bersama Dayang Anisha pernah tular sebelum ini. Putera Mateen bersahabat baik dengan bakal abang iparnya (kiri). 10. Abang kepada Dayang Anisha iaitu Danial Deen Isa Kalebic merupakan sahabat baik Putera Mateen. 11. Selain mengagumi kecantikan Dayang Anisha, ramai netizen turut 'cair' melihat ketampanan abangnya Danial Deen Isa Kalebic yang bertubuh sasa. Putera Mateen merupakan salah seorang kerabat diraja paling kacak di dunia. 12. Fanpage Dayang Anisha turut diwujudkan oleh peminat di Instagram dan TikTok sejak hubungannya dengan Putera Mateen diketahui umum. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan wedding of the year pasangan itu, sama-sama kita doakan agar merpati dua sejoli berkenaan berbahagia hingga ke syurga. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube