suria

Golongan muda berlumba-lumba tayang hidup mewah, pakar kewangan bimbang terjerat muflis

Radziah mahu terus berkongsi tip kewangan kepada masyarakat khususnya anak muda.

KESILAPAN dalam pengurusan kewangan membuatkan ramai anak muda diisytiharkan muflis dan hidup terbeban.

Menyedari bilangannya semakin bertambah saban tahun, pakar kewangan Dr Radziah Mohd Dani mengambil inisiatif dan tanggungjawab dengan berkongsi tip di laman sosial.

Baginya dengan langkah tersebut dapat membantu sesetengah anak muda khususnya graduan yang baharu memulakan kerja mengurus kewangan dengan bijak sekali gus terhindar daripada masalah muflis.

Radziah berasal dari Kuala Terengganu.

Radziah berasal dari Kuala Terengganu.

Berkongsi cerita dengan mStar, beliau yang merupakan Ketua Program Diploma Akauntansi Politeknik Muadzam Shah Pahang turut meluahkan kebimbangan sekiranya perkara tersebut menjadi barah dalam kalangan masyarakat.

Mana tidaknya, pada masa ini kebanyakan masyarakat dilihat berlumba-lumba menonjolkan kemewahan yang dimiliki meskipun terpaksa berhutang keliling pinggang.

“Saya mula berkongsi tentang kewangan sejak 2018 lagi, tetapi lebih kepada tip ringkas termasuk asas perniagaan.

Radziah meraikan Majlis Hooding pada 23 November lalu.

Radziah meraikan Majlis Hooding pada November lalu.

“Apa yang mendorong ialah minat dan suka untuk berkongsi, sebab statistik muflis oleh BNM (Bank Negara Malaysia) menunjukkan ramai dalam kalangan anak muda dan belia yang mengalaminya.

“Mereka tak tahu urus kewangan dengan baik dan betul,” ujarnya yang begitu meminati pembacaan berkaitan kewangan.

Menurut anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu ini lagi, dorongan untuk menulis tentang ilmu kewangan juga bermula selepas dia berada dalam fasa untuk meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan diri sendiri.

Ibunya menjadi penguat semangat dan pendorong untuk kejayaan.

Ibunya menjadi penguat semangat dan pendorong untuk kejayaan.

Bermula dengan tip ringkas berkaitan pengalaman sendiri, kini beliau lebih fokus kepada situasi semasa dan menyasarkan golongan muda terutama graduan yang baru mula bekerja.

Berdasarkan perkongsian dan ulasan berkaitan kewangan, pasti ramai tidak menyangka tapak asas akademik Radziah adalah kejuruteraan awam.

"SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya adalah dalam bidang kejuruteraan awam. Saya mula berjinak dengan kewangan selepas menyambung pengajian peringkat diploma dalam jurusan perakaunan.

"Walaupun berlainan bidang, saya tidak berputus asa, dan terus bertekad untuk mengenali bidang perakaunan dengan lebih dekat sehingga akhirnya jatuh cinta dengan bidang ini," luahnya yang kini bergelar Doktor Falsafah (PhD).

Sejak daripada itu, beliau telah menerbitkan beberapa jurnal dan artikel di samping kajian berkaitan penipuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain