suria

Kenali Peter Cklamovski, ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan... Warga Australia ini galas dua misi besar Harimau Malaya

Peter Cklamovski adalah bekas pengurus FC Tokyo. - Foto FC Tokyo

TEKA-TEKI mengenai figura yang bakal mengendalikan Harimau Malaya akhirnya terjawab selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Peter Cklamovski sebagai ketua jurulatih skuad tersebut, pada Isnin.

Cklamovski menggantikan tempat Pau Marti Vicente yang akan meninggalkan Harimau Malaya sejurus berakhirnya kempen Piala ASEAN 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari UiTM ke perkahwinan diraja! Kenali siapa Teh Firdaus, kenapa Dayang Anisha mahukan fesyen sentuhannya

Selepas pengumuman rasmi tersebut, sudah pastinya peminat bola sepak mahu mengetahui lebih terperinci mengenai siapa sebenarnya gerangan Cklamovski ini.

Kali ini, mStar kongsikan 10 trivia mengenai beliau:

1) Pengendali berusia 46 tahun ini adalah anak kelahiran Sydney, Australia berketurunan Macedonia.

2) Karier kejurulatihannya bermula pada 2008 selepas dia bertindak sebagai penolong jurulatih kelab Greece, Panachaiki.

3) Bermula 2009, Cklamovski berperanan sebagai jurulatih kecergasan bersama tiga kelab iaitu Perth Glory, Adelaide United dan Melbourne Victory, sehingga 2014.

4) Bermula 2014, Cklamovski memikul tugas sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan Australia di bawah kendalian pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou hingga 2017.

peter 2

Gandingan baru skuad bola sepak negara sebagaimana yang diumumkan FAM pada Isnin.

5) Bersama Postecoglou, beliau mengemudi skuad kebangsaan Australia hingga menjuarai Piala Asia 2015 dan kemudian menjuarai Liga J1 2019 ketika mengemudi kelab Jepun, Yokohama F Marinos.

6) Dilantik sebagai pengurus kelab Liga J1, Shimizu S-Pulse pada 2020.

7) Mengambil posisi sebagai pengurus kelab Liga J2, Montedio Yamagata pada 2021.

8) Pada Jun 2023, Cklamovski dilantik sebagai pengurus FC Tokyo sehingga 2024.

9) Dua misi Cklamovski untuk Harimau Malaya, iaitu berjaya mengungguli saingan kelayakan Kumpulan F bagi mencapai sasaran layak ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi, dan kedua, memperbaiki ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk menuju ke kedudukan 100 terbaik dunia.

10) Akan memulakan tugasnya secara rasmi mulai 1 Januari 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain