suria

Aidilfitri tertutup! Masing-masing beraya jauh dari keluarga... jangan sedih panggilan videokan ada!

Panggilan video bersama ahli keluarga dapat mengeratkan hubungan ketika beraya berjauhan.

BAGI segelintir, berjauhan dengan keluarga sudah menjadi perkara normal demi menjalankan tugas, lebih-lebih lagi pada hari istimewa, Aidilfitri.

Sebaliknya, bagai perantau yang berjauhan dengan keluarga akibat tidak boleh pulang ke kampung kerana arahan sekatan rentas negeri susulan penularan Covod-19, ia sesuatu yang luar biasa.

Jika sebelum ini, dua hari sebelum Aidilfitri ada sesetengah daripada anda sudah tiba di kampung mengakhiri bulan Ramadan bersama keluarga sebelum menantikan ketibaan 1 Syawal.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak balik kampung bukan bererti raya tak meriah! Ini 5 cara elak diri berendam air mata di pagi Syawal

Namun itu semua tidak ada dalam momen tahun ini kerana yang pasti anda berada jauh di mata keluarga di kampung.

Di zaman teknologi serba canggih ini, ia tidak menjadi masalah buat anda untuk terus berhubung rapat dengan ibu bapa, adik beradik atau sanak-saudara.

Jangan jadikan alasan berjauhan, hubungan kekeluargaan ini semakin sepi.



Hubungilah keluarga di kampung menerusi panggilan video di pagi raya.

Beberapa tip ini boleh melepaskan rindu terhadap ahli keluarga anda.

1. Panggilan video

Sejak beberapa minggu ini, banyak iklan-iklan di televisyen memaparkan panggilan video kepada keluarga tersayang. Apa kata, selepas mandi dan solat sunat 1 Syawal, anda terus menghubungi semua ahli keluarga, bertanya khabar, bertukar-tukar komen baju raya dan paling penting meminta maaf daripada kedua ibu bapa anda.

Tidak perlu risau memandangkan kini terdapat banyak cara untuk anda membuat panggilan video seperti melalui WhatsAPP, Google Meet, Zoom, Skype dan sebagainya. Ingat jangan bataskan hubungan jarak jauh ini untuk dekat dengan keluarga. Jauh di mata, dekat di hati!

2. Panggilan telefon

Panggilan telefon cukup untuk membuatkan hati anda sayu di pagi Hari Raya Aidilfitri ini sebaik sahaja mendengar suara insan tersayang. Kalau hati terlalu sedih, cukup luahkan minta ampun dan maaf.



Pangggilan video dapat menghilang rindu dikala beraya berjauhan dengan keluarga.

3. Duit Raya

Untuk melegakan hati yang jauh di perantuan, 'transfer' duit raya kepada orang tua boleh melegakan hati anda yang sedang berkecamuk itu.

Tidak kira berapa jumlahnya, ia dianggap istimewa bagi kedua orang tua anda. Jauh di mata, namun tanggungjawab sebagai anak tetap dijalankan. Transaksi duit raya sebagai tanda sayang jauh di mata.

4. Kekal positif

Lain orang lain perasaan rindunya. Di saat ini, perkara paling penting adalah sentiasa berfikiran positif terhadap diri sendiri. Anggaplah ini semua sebagai dugaan dan hanya sementara. Paling penting, saat ini juga membuatkan anda lebih menghargai masa untuk pulang ke kampung selepas ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain