suria

Wahai penghisap rokok elektronik, cuba ambil tahu tentang penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik

Rokok elektronik sama bahaya dengan rokok konvensional. -Gambar hiasan

PRODUK rokok elektronik didakwa sebagai alternatif yang lebih sihat berbanding rokok tembakau meskipun tiada bukti kukuh mengenainya.

Sebenarnya, tiada pengganti yang lebih sihat selain berhenti terus menghisap rokok tembakau ataupun elektronik.

Ini kerana rokok elektronik atau vape sama sekali tidak menyelesaikan masalah kerana ia juga mengandungi nikotin dan karsinogen yang sama bahaya dengan rokok konvensional.

ARTIKEL BERKAITAN: Tertekan hilang kerja disebabkan pandemik? ‘It's OK’... cuba tenangkan diri dengan 4 langkah ini

Kandungan nikotin tersebut memyebabkan ketagihan dan boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser seperti jantung dan paru-paru.

Dalam kajian yang dilakukan di Jerman, menghisap rokok tembakau dan vape nikotin sama-sama boleh menjejaskan kesihatan jantung dan paru-paru.



Cara terbaik menjaga jantung dan paru-paru adalah dengan berhenti merokok.

"Tak perlu diragukan lagi bahawa berhenti merokok adalah cara paling efektif untuk mencegah penyakit berkaitan paru-paru dan jantung," kata seorang doktor pakar, Thomas Munxel.

Dalam kajian dilakukannya, Munxel mengumpul pelbagai data daripada banyak sumber dan mendapati kedua-dua jenis rokok itu dapat meningkatkan masalah Pulmonari Obstruktif Kronik (COPD).

COPD merujuk kepada pelbagai penyakit kombinasi di antara bronkitis dan emfisema yang merosakkan saluran pernafasan sehingga dinding pernafasan sempit dan bengkak. Paling menyedihkan, dalam banyak situasi, pesakit tidak akan sembuh.

"Walaupun rokok elektronik dilihat kurang berbahaya berbanding rokok biasa, tapi ada banyak bukti tentang kesan sampingannya pada jantung, paru-paru dan pembuluh darah," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

rokok, vape, jantung, kanser, risiko, bahaya

Artikel Lain