UNIK. Bermula dengan hobi menjahit, kini Jesse Joy mengambil langkah menjadikan sulaman sebagai punca rezeki. Lebih manis, sulaman yang dihasilkan pemuda kelahiran Sabah ini bukan untuk dipakai, sebaliknya ia diterjemahkan kepada kulit buku Fixi. Mengimbas kembali mengenai kariernya sekarang, Jesse, 29, memberitahu dia memang meminati bidang jahitan dan telah menghasilkan pelbagai hasil kerja tangannya.ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 cetus ilham kanak-kanak hasilkan karya seni, terokai skil baharu... tetap rasa selamat sepanjang PKP Pereka grafik Jelas Jesse yang bekerja sebagai pereka grafik, pada awalnya dia hanya menjahit sahaja. Salah satu hasil kerja Jesse potret sulaman haiwan peliharaan. Foto: Jesse "Sebelum berpindah ke Kuala Lumpur saya mula membuat sulaman secara kecil-kecilan seperti beg, baju-T dan sebagainya. "Namun, lebih kurang empat tahun lalu, saya membuat keputusan untuk teruskan hobi sulaman secara serius sebaik sahaja tinggal di ibu kota Kuala Lumpur. "Setakat ini lebih 50 koleksi sendiri yang telah saya buat. Dalam pada itu banyak juga dapat permintaan komersial untuk membuat potret sulaman gambar haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan sebagainya. "Selain itu saya juga ada projek menyulam potret berkaitan alam sekitar," kongsinya kepada mStar. Cenderahari yang dihasilkan Jesse dengan penuh kreatif. Foto: Jesse Buku Fixi Terbaharu, Jessi berkongsi mengenai projek menyiapkan sulaman untuk digunakan sebagai kulit buku Fixi. "Pihak Fixi berminat bekerjasama untuk mereka kulit buku novel-novel mereka. "Kulit muka depan novel pertama bertajuk 'Toyol' siap pada Disember lalu dan bagi mendapatkan idea sebelum menyulam, sudah tentu saya akan membaca novel tersebut. "Dari situlah saya mula buat lakaran untuk saiz A3. Ia mengambil masa 40 hingga 50 jam untuk disiapkan. Muka depan novel pertama yang bertajuk Toyol hasil rekaan Jesse. Foto: Jesse. "Untuk projek pertama ini, memang saya agak bimbang dengan penerimaan penerbit, tetapi lega selepas mereka semua termasuk penulis berpuas hati dengan hasil tangan saya. "Susulan itu saya dapat lagi satu projek, juga dari buku Fixi untuk membuat kulit depan bagi novel bertajuk 'Sumpah'. "Bagi saya kepuasan yang dicapai ini adalah selepas semua pihak termasuk pembaca dapat menerima idea kulit depan novel yang dihasilkan," tambahnya. Perancangan masa depan "Sekarang saya buka komersial untuk jualan potret haiwan peliharan dan sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya menjual pelbagai cendehahari. Antara sulaman yang menarik perhatian hasil sentuhan Jesse. Foto: Jesse "Untuk akan datang saya memang ada beberapa perancangan untuk melebarkan lagi hasil seni lebih meluas. "Saya juga ada menghasilkan e-buku mengenai asas-asas jahitan untuk dikongsi bersama dengan harga RM5.30. Boleh dapatkan secara di Google Play dan belajar dengan mudah," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!