suria

Hanya serendah RM36, siap dapat snek dan minuman... Jom tengok wayang dalam kereta di Casuarina Sini-Drive

Wayang pandu masuk dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive yang sudah pun memulakan operasi sejak 18 Julai lalu di Downtown Meru, Ipoh. Foto BERNAMA

HENDAK menonton wayang di pawagam tetapi bimbang akan terdedah dengan wabak Covid-19? Jangan bimbang, anda kini boleh menonton filem kegemaran dalam kereta tanpa perlu mengadakan sebarang kontak langsung dengan sesiapa!

Jika ada yang bercuti ke Perak, ambil peluang untuk menonton wayang pandu masuk dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive yang sudah pun memulakan operasi sejak 18 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hias pokok hidup dalam rumah memang cantik, tapi awas... beri perhatian 4 tanda ini

Panggung wayang pandu masuk itu adalah yang pertama seumpamannya di negara ini dan ia adalah hasil idea Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.



Harga tiket yang dikenakan serendah RM36 hingga RM42 bagi sebuah kenderaan.

Ahmad Faizal berkata, panggung yang terletak di Downtown Meru itu boleh memuatkan sebanyak 70 kenderaan pada satu-satu masa.

"Saya memperoleh ilham untuk mewujudkan panggung wayang pandu masuk ini daripada pengalaman sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila kita diarahkan mematuhi penjarakan sosial.

"Pengenalan pawagam ini dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan di Perak yang terkesan teruk ekoran pandemik COVID-19 dan diharapkan dapat menghidupkan lagi aktiviti pelancong yang datang ke Ipoh," katanya yang turut memberitahu projek itu merupakan inisiatif Perak Corporation Berhad (PCB).

Sementrara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PCB Zainal Iskandar Ismail, berkata, orang ramai boleh membuat tempahan tiket tayangan filem yang dikenakan bayaran antara RM36 hingga RM42 bagi setiap kenderaan dengan set snek serta minuman secara dalam talian di laman web www.sini-drive.com.my.



Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (dua, kanan) melancarkan panggung wayang pandu masuk pertama di negara ini dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive.

Menurutnya, orang ramai boleh menikmati tayangan filem pelbagai genre termasuk filem aksi dan Bollywood bermula pukul 8 malam hingga 11 malam pada skrin berkeluasan 6x18 meter itu setiap hari kecuali Isnin.

"Satu frekuensi khas akan diberi kepada penonton yang audio tayangan filem berkenaan dapat didengar terus dari radio kenderaan masing-masing.

"Kami bercadang untuk membuka panggung wayang pandu masuk ini di tempat lain seperti Kuala Kangsar dan Kampar sekiranya ia mendapat sambutan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain