suria

Kini kanak-kanak cacat penglihatan boleh bermain Lego... permainan ikonik versi braille bakal diperkenalkan

Lego memperkenalkan permainan ikoniknya dalam bentuk braille.

JENAMA permainan popular, Lego bakal melancarkan versi baharu bata plastik ikoniknya yang menampilkan braille khusus untuk orang kelainan upaya (OKU) dengan masalah penglihatan di tujuh negara.

Permainan susun batu bata plastik itu masih didatangkan dalam bentuk sama, namun kancing di atasnya akan disusun semula sesuai dengan keperluan golongan masalah penglihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mainan anak cepat rosak, mak cuba cipta yang lasak! 'The Little Z' kini mampu jana pendapatan, dapat tempahan sejauh Singapura

"Kancing di atas batu-batu akan dibentuk huruf dan angka dalam abjad braille tetapi masalah mengekalkan bentuk ikoniknya," kata kenyataan syarikat berpangkalan di Denmark itu.



Kancing pada bahagian atasnya direka dalam bentuk tulisan braille.

Lego dalam kenyataan sama memberitahu, pihaknya ingin mendorong kanak-kanak dengan masalah penglihatan untuk meneroka cara baahru belajar dan menulis.

"Dengan pelbagai buku berbentuk audio atau program komputer di pasaran hari ini, semakin sedikit yang mempelajari braille. Namun, individu dengan masalah penglihatan di seluruh dunia bergantung kepadanya untuk belajar dan menjalani kehidupan seharian," ujar kenyataan itu.

Lego juga akan melancarkan versi simbol atau huruf braille dalam bentuk cetak.

Buat permulaan versi terbaharu itu akan mula di jual di Brazil, Britian, Denmark, Perancis, Jerman, Norway dan Amerika Syarikat sebelum dipasarkan ke 13 negara lain bermula awal 2021.

Tahun lalu, Lego memperuntukkan 25 peratus daripada pendapatannya kepada Lego Foundation yang membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Lego, Braille, Cacat Pengelihatan, OKU

Artikel Lain