SIAPA yang tak suka berada dalam ruang yang memiliki aroma segar dan nyaman? Apatah lagi kalau sudah seharian di pejabat dan akhirnya dapat pulang ke rumah yang bersih dan wangi. Tapi sayangnya, ada sahaja penyebab membuatkan rumah kita mempunyai bau yang tidak sedap termasuklah bau sampah, masakan atau permaidani yang sudah hapak baunya.ARTIKEL BERKAITAN: Bukan biasa-biasa... Hanya guna cap jari, pensyarah hasilkan potret Tunku Abdul Rahman! Hendak membeli wangian rumah, mungkin kena fikir dua-tiga kali. Mana tidaknya, harganya sahaja adakala boleh digunakan untuk membeli bekalan makanan selama seminggu. Bagaimanapun untuk berjimat dan hasil yang cukup memberangsangkan terdapat beberapa cara yang boleh anda buat sendiri (DIY) bagi membuatkan kediaman anda berbau harum. 1. Lemon dan Rosemary Hanya dua bahan ini, anda boleh menghasilkan penyegar rumah sendiri. Caranya cukup mudah, hanya sediakan mangkuk yang diisi air, potong dua biji lemon, daun rosemary dan beberapa titik ekstrak vanila. Campurkan semuanya dan letakkan di ruangan terbuka seperti ruang tamu atau bilik. 2. Minyak Pati Dalam mangkuk yang diisi air, bubuh serbuk penaik dan beberapa titis minyak pati kegemaran anda. Aromanya yang lembut akan membuatkan kita rasa lebih tenang. 3. Daun Pandan Di Malaysia, daun pandan cukup mudah dicari dan silap-silap ia banyak tumbuh menjalar di belakang rumah. Apa kata ambil dan cipta haruman ala spa di rumah. Hiris halus beberapa helai daun pandan dan tambahkan bunga melati atau apa jenis bunga yang mempunyai bau yang harum. Siap! 4. Kulit Limau Lepas makan limau, kulitnya jangan dibuang kerana kita boleh memanfaatkannya sebagai pewangi rumah. Caranya, rebus kulit limau dan beberapa batang kayu manis. Selepas ia mendidih, biarkan ia sejuk. Aromanya yang segar akan tersebar ke seluruh rumah. Tidak hanya kulit limau, anda boleh gunakan kulit epal dengan campuran bunga cengkih dan lemon. 5. Pewangi Karpet Karpet sering menjadi tempat berkumpulnya debu dan menimbulkan bau tidak sedap dalam rumah. Atasi dengan mencampurkan serbuk borax, baking soda dan minyak pati bersama air. Semburkan pada karpet anda dan tunggu selama 15 ke 20 minit sebelum ia divakum sehingga bersih. Hasilnya, memang wangi! Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!